|
Seorang anggota APMM sedang melakukan rondaan rutin mencari Abdullah yang dikhuatiri lemas di perairan Kemaman hari ini.
KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat seorang nelayan warganegara Thailand yang dikhuatiri lemas di perairan Kemaman dekat sini pada Ahad lalu terpaksa ditamatkan semalam.
Pengarah Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Ariffin Ghazali berkata, operasi tersebut ditamatkan pada pukul 7 petang ekoran ketiadaan sebarang petunjuk positif berhubung kehilangan Abdullah Dueramee, 48, setakat ini.
Beliau berkata, sebelum itu pencarian mangsa telah dilakukan selama tiga hari di kawasan seluas 165.94 kilometer (km) menggunakan melibatkan tiga aset Maritim Malaysia (APMM) dan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
“Bagaimanapun, APMM akan terus melaksanakan pemantauan berterusan di perairan Kemaman menerusi rondaan rutin. Kita akan mengambil tindakan lanjut sekiranya menerima sebarang petunjuk baharu,” katanya di sini hari ini.
Ariffin berkata, pihaknya turut meminta kerjasama komuniti nelayan untuk segera menghubungi pasukan penyelamat sekiranya menjumpai sebarang objek yang dipercayai manusia di perairan negeri ini.
Kosmo! semalam melaporkan Abdullah dikatakan terjun dari bot untuk membuang tali yang terbelit pada bahagian kipas bot pada pukul 1.15 tengah hari, Ahad lalu dan kehilangannya disedari rakan nelayan, Muhammad Madiyoh, 57, setelah mangsati tidak timbul selepas beberapa kali melakukan selaman. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... kemaman-dihentikan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|