CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4497|Reply: 0

[Terengganu] Permintaan ikan keli meningkat sekali ganda

[Copy link]
Post time 3-4-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Permintaan ikan keli meningkat sekali ganda

OlehNORHASPIDA YATIM

03 April 2024 08:30am








Ann Bazli bersama ikan keli yang diternak di kolam ternakan Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut.




BESUT - Pembekal ikan keli di Kampung Gong Pasir, Kerandang di sini menyasarkan pendapatan sehingga RM8,000 sepanjang Ramadan ini berikutan peningkatan permintaan terhadap sumber makanan itu.

Ann Bazlin Seman, 42 berkata, permintaan terhadap sumber protein tersebut meningkat sekali ganda berbanding yang diterima pada hari biasa.



"Untuk bulan biasa permintaan ikan ikan keli ini mencecah 700 kilogram (kg) tetapi pada bulan puasa ia meningkat lebih 1,000 kg.

"Peningkatan permintaan ini disebabkan kebanyakan peniaga di bazar Ramadan mengambil stok ikan keli yang lebih banyak berbanding hari biasa.



"Saya jangka jualan ikan keli pada bulan Ramadan ini mencecah RM8,000 kerana sepanjang dua minggu lalu kita telah berjaya memperolehi jualan kira-kira RM4,000," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Selasa.


Ann Bazlin menunjukkan antara ikan keli yang diternak di kolam ternakan di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Besut.




Jelasnya, ini merupakan pengalaman pertama menjual ikan keli pada bulan puasa sejak mula menternak ikan itu pada September 2022.

"Sebelum ini saya hanya jual di pasar, kedai makan dan mengambil tempahan orang perseorangan sahaja, tetapi kali ini tertumpu kepada peniaga bazar Ramadan.




"Jualan ikan keli mendapat permintaan tinggi kerana ramai peniaga yang mendapatkan bekalan bagi menyediakan juadah ikan keli bakar dan sebagainya,"katanya.

Menurut Ann Bazlin, dia masih mengekalkan ikan keli pada harga RM9 bagi setiap satu kg dan RM8/kg bagi belian secara borong.

Katanya, setakat ini sebanyak 10,000 ekor ikan keli diternak bagi satu kitaran melibatkan enam buah kolam.

"Untuk jualan di bazar Ramadan kebanyakan peniaga memilih antara empat hingga lima ekor ikan bagi satu kilogram kerana saiznya agak sederhana dan tidak terlalu kecil," ujarnya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.052153 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list