View: 3803|Reply: 0
|
[Kelantan]
Siasatan dakwaan guru lakukan pedofilia selesai dalam sebulan - KP Kelantan
[Copy link]
|
|
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun. - Foto NSTP/Nik Abdullah Nik Omar
KOTA BHARU: Siasatan berhubung dakwaan seorang guru melakukan pedofilia di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Tumpat, dijangka selesai dalam masa sebulan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, berkata pihaknya akan memanggil semua saksi yang boleh membantu siasatan kes berkenaan.
"Saksi yang akan dipanggil selepas ini mungkin berada di luar Kelantan memandangkan bekas pelajar, namun kita akan pastikan siasatan dapat disiapkan secepat mungkin kerana ia membabitkan kerjaya guru berkenaan.
"Setakat ini, empat saksi termasuk guru lelaki yang didakwa melakukan perbuatan itu sudah dipanggil bagi direkodkan keterangan," katanya pada sidang media hari ini.
Mengulas lanjut, beliau turut meminta semua pihak tidak membuat spekulasi berhubung perkara itu.
"Siasatan setakat ini masih di peringkat awal dan saya meminta semua pihak jangan buat tohmahan kerana kes ini belum dipastikan sama ada dakwaan itu betul atau tidak.
"Kes ini perlu dibuktikan dengan jelas, teks dihantar kepada siapa dan sebagainya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, MARA akan membuat siasatan secara menyeluruh terhadap seorang guru yang didakwa terbabit dengan kes pedofilia terhadap murid di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang dikelolakan oleh institusi itu.
Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata pasukan dari Ibu Pejabat MARA akan turun ke sekolah berkenaan bagi menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.
Malah katanya, guru berkenaan sudah digantung tugas sehingga siasatan selesai.
https://www.bharian.com.my/berit ... sebulan-kp-kelantan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|