CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9311|Reply: 1

[Kedah] Popia Jamal jadi buruan juadah berbuka puasa

  [Copy link]
Post time 26-3-2024 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Popia Jamal jadi buruan juadah berbuka puasa

OlehWAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR

26 Mac 2024 09:10am








Fakir Mohamed (kiri) bersama anaknya, Amin Ahmad menunjukkan popia jamal yang siap dibungkus dan dijual di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar.




ALOR SETAR - Popia Jamal antara juadah yang menjadi buruan di Alor Setar serta kawasan sekitar dan permintaannya meningkat setiap kali menjelang bulan Ramadan.

Generasi ketiga perniagaan Popia Jamal, Fakir Mohamed Jamal Mohamed, 50, berkata, kira-kira 800 hingga 1,000 biji popia perlu disediakan setiap hari bagi memenuhi permintaan peminat setianya.



Menurutnya, resipi makanan warisan yang diasaskan datuknya, Allahyarham Kadir Maidin sejak tahun 1952 dan mula bertapak di Simpang Jalan Putra, tepi mahkamah suatu ketika dahulu terus jadi buruan sehingga ke hari ini.


Fakir Mohamed (kiri) bersama anaknya, Amin Ahmad di gerai mereka di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, Alor Setar.




“Makanan ini telah diasaskan sejak sebelum negara ini mencapai kemerdekaan lagi dan saya sebagai generasi ketiga berbangga kerana mampu meneruskan legasi dan resipi yang diturunkan oleh datuk kepada bapa saya, Allahyarham Jamal Mohamed.


“Popia ini sempena nama arwah bapa saya yang mula ambil alih perniagaan ini pada tahun 70-an. Saya mula mempelajari dan membantu arwah bapa selepas itu dan saya pula mengambil alih sepenuhnya pada tahun 2008,” katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman di sini.
Fakir Mohamed yang terkenal dengan persembahan aksi teh tarik dan muncul juara dan naib juara pada beberapa pertandingan berkata, bahan-bahan makanan tersebut mula disediakan pada jam 11 pagi setiap hari di restorannya, Fakir Teh Tarik Cafe di Bandar Baru Mergong, di sini.






Keenakan popia jamal jadi buruan terutamanya pada bulan Ramadan.




Jelasnya, resipi istimewa iaitu kuah popia akan dimasak di restorannya sebelum dibawa ke bazar Ramadan.

“Popia Jamal kita akan balut di bazar dan di Bazar Ramadan Stadium Darul Aman, kita buka tiga gerai bagi memenuhi permintaan yang tinggi selain tidak mahu pelanggan menunggu lama,” katanya yang mula mempelajari membuat popia tersebut sejak usia 15 tahun daripada Allahyarham bapanya.

Tambahnya, setiap bekas mengandungi empat biji Popia Jamal dan dijual dengan harga RM6.


Resipi istimewa popia jamal mula diasaskan sejak tahun 1952 oleh pengasasnya, Allahyarham Kadir Maidin di Alor Setar.




“Saya mahu terus mengekalkan dan menjaga kualiti popia ini selain mahu terus memperkenalkan kepada generasi baharu agar mereka dapat menikmati resipi turun-temurun yang bermula di Alor Setar ini,” ujar beliau lagi.




Fakir Mohamed berkata, kini generasi keempat iaitu anaknya, Amin Ahmad Fakir Mohamed, 24, telah mampu untuk membuat popia warisan ini dan membantu membuatnya sepanjang Ramadan termasuk membantu di restoran mereka.

Berdasarkan sejarah permulaan makanan ini, ia terkenal di kalangan penduduk tempatan malah menjadi juadah kegemaran buat keluarga Perdana Menteri pertama, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Kerabat diraja Kedah pada ketika itu.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2024 12:37 PM | Show all posts
Popia kalau kalau sedap memang akan dicari oleh orang ramai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 104093 Replies : 2890
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 197145 Replies : 4561
Sejauh mana 'old school'nya anda..
fahdramliSejauh mana 'old school'nya anda
Views : 56228 Replies : 149
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30625 Replies : 167
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26655 Replies : 100
Aneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
simpletongohAneka Salad Yang Mudah & Menyihatkan
Views : 4964 Replies : 29
Classic Butter Cake
Markonah_7Classic Butter Cake
Views : 4435 Replies : 30
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 05:01 AM GMT+8 , Processed in 0.302016 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list