|
BAYI perempuan ditemukan di atas tangga sebuah pangsapuri di Jalan Sagu, Taman Daya. FOTO Tular
Johor Bahru: Bayi perempuan yang masih bertali pusat dan memiliki kesan darah ditemukan di anak tangga aras sembilan di sebuah pangsapuri di Jalan Sagu, Taman Daya di sini.
Menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial, bayi perempuan itu ditemukan oleh keluarganya di tepi unit kediamannya pada 11 Mac lalu.
Menurutnya, bayi berkenaan dipercayai baru dilahirkan kerana masih bertali pusat selain ditemukan tanpa berpakaian.
Katanya, keluarganya kemudian menghubungi polis serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tindakan lanjut.
"KKM sudah membawa bayi itu dan saya tiada maklumat lanjut berkaitannya.
"Dia (pelaku) buang bayi perempuan itu tanpa pakaian atau berbalut (kain), dia letak di tangga," katanya menerusi perkongsian di Facebook (FB).
Difahamkan, laporan polis dilakukan di Balai Polis Setiap Indah dan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pada 11 Mac lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... s-tangga-pangsapuri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|