View: 75422|Reply: 528
|
Rahsia Hati Hanim- [U] update n3 baru page 21 (sorry lambat update)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by shana85 at 24-11-2011 22:18
cerita baru lagi.... hope enjoy...........
Hanim memandang sayu wajah opah. Tidak sampai hati melukakan hati tuaitu. Namun apa pilihan yang dia ada. Hanim keliru. Maafkan Hanim opah.Cukuplah sampai di sini. Hanim dah tak mampu menghadapinya lagi.Mungkin pemergian Hanim ini akan meredakan keadaan.
Opahmerenung wajah cucunya. Hanim masih lagi mengemas barang-barangmiliknya. semua di masukkan kedalam beg besar di atas katil. NyataHanim sudah nekad dengan keputusannya. Tidak guna dia menghalang.mungkin benar kata Hanim... biarlah keadaan kembali tenang.
"Opahjaga diri tau. Jangan buat kerja berat. Rehat je, Kak Tipah ada kalauopah perlukan apa-apa. Lagi satu jangan culas makan ubat. Nanti Hanimsuruh kak Tipah tengokkan opah. Opah bukan leh caya sangat. Hanim adapun selalu culas inikan pula bila Hanim..." Hanim tak mampu menyudahkankata-katanya. Ada sebak di dada. Pantas tubuh tua opah di peluk.
"Janganrisau. Opah janji jaga diri. Opah nak sihat, nak tunggu cucu opah nibalik...Hanim pun kena jaga diri..." balas opah. Air mata di pipidikesat dengan tangan.
"Hanim janji. suatu hari nanti Hanimmesti balik..." Hanim masih lagi peluk opah. Serasa tidak mahumelepaskan tubuh tua itu. Tapi apa dayanya. Dia hanya menumpang disini. Kini kehadirannya tidak diperlukan lagi.
Setelah semuanyaselesai di kemas, Hanim melangkah ke luar dari rumah yang telahmencoret suka duka kehidupannya. Pantas dia masuk ke dalam teksi yangsudah sedia menanti. Hatinya terasa amat sakit bila melihat air mataopah. Maafkan Hanim opah... dan tanpa disedari matanya bertaut denganpandangan itu...
'pergilah kenangan... tiada guna merayu pada yang tak sudi......... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebulan berlalu...
Kak Tipah memandang wajah opah yang sedang termenung. Bingkai gambar di tangan opah di pandang. Seringkali bingkai gambar itu menjadi teman opah. Ada kerinduan yang tergambar di wajah opah. Tubuh opah juga agak susut.
"Opah, jom kita makan" pujuk Kak Tipah. Opah sekadar menggeleng.
"Opah, jangan lah macam ni. Opah kan dah janji dengan Hanim. Makanlah sedikit, nanti opah jatuh sakit kalau terus macam ni. Kalau Hanim tahu mesti dia sedih,"pujuk Kak Tipah lagi.
"Aku tak ada selera Pah. Sudah sebulan Hanim pergi, entah apa khabar dia sekarang? sedikit beritapun dia tak kirim pada aku. Dia dah lupakan aku agaknya..." keluh opah perlahan. Ada rajuk pada suara itu.
"Mungkin Hanim sibuk. Pah yakin nanti dia akan kembali juga. Opah kenalah makan, makan ubat. biar opah sihat. nanti kita sama-sama tunggu dia balik. Kalau opah macam ni, Pah susah hati. Nanti kalau Hanim tahu dia mesti sedih. Opah kita makan sdikit ya?"
"Yelah... aku makan, kau masak apa Pah?" tanya opah. akur dengan pujukan kak Tipah.
"Hari ni Pah masak sedap tau. Ada sambal udang kegemaran opah dan paling istimewa masak lemak tempoyak ikan patin" Opah tersenyum hambar mendengar bicara kak Tipah. Sambal Udang... itu juga makanan kegemaran Hanim. Hanim opah rindukan Hanim... Cepatlah pulang... |
|
|
|
|
|
|
|
T/kasih Shana, bila2 free sila sambung panjang2 |
|
|
|
|
|
|
|
"Selamat pagi cikgu Hanim," Hanim tersenyum lebar memandang wajah anak kecil yang menyapanya. Comel.
"Pagi, Nia datang dengan siapa? Mama? Cikgu tak nampak pun?" tanya Hanim. tidak perasan pula dia siapa yang menghantar Nia.
"DenganPak su Ilham. Mestilah cikgu Hanim tak nampak, dah asyik berangan jer.Cikgu ingat siapa?" tanya Nia. Matanya merenung wajah Hanim. Adasenyuman diulas bibirnya.
"Pandai jer Nia nieh. Mana ada cikgu berangan. Dah pergi masuk," balas Hanim. Budak ni, tahu jer aku tengah berangan.
"Eh Nia, kenapa tak masuk lagi?" tegur Salbiah. Matanya memandang wajah Hanim dan Nia.
"Tak ada apa cikgu Sal, Nia cuma tegur cikgu Hanim yang tengah berangan nieh.." terang Nia sanbil berlari masuk ke dalam.
" Nia jangan lari, jatuh nanti" jerit Salbiah dengan Hanim serentak.
"hhmm...betulke kata Mia yang Hanim tengah berangan? Ingat siapa? Tak kan ingatmamat bangla jual karpet tu?" Salbiah menyoal. Ketawa bila melihatwajah Hanim yang memerah. Pantang betul dia jika dikaitkan dengan Baijual karpet tu.
"Taklah, sajeje tau Kak Sal nieh. Hanim ingatkanopah. Hanim rindukan opah. Entah apa khabar opah sekarang," Ada nadasayu di situ. Salbiah mengeluh. Entah berapa lama lagi Hanim harusterseksa begini. Hanim rindukan opah atau dia? Entah mengapa Kak Salrasa Hanim lebih rindukan dia. Kesian Hanim. Salbiah tahu setiap waktugambar dia Hanim bawa kemana sahaja. Entah bagaimana Hanim punyakekuatan itu. Berpisah dengan dia dan cahaya dalam hidupnya. Ya Hanimlebih terseksa berpisah dengan permata hatinya, cahaya yang menerangihidupnya. Entah bila semua ini akan berakhir... |
|
|
|
|
|
|
|
“Hanim yakinke nak memandu ni?” Salbiah bertanya. Agak ragu-ragu kerana dia tahu Hanim sudah lama tidak memandu.
“Ye lah, Kak Sal ni takut sangat. Hanim ok je. Lama atau tak, Hanim dah ada lesen pun kak…” balas Hanim tertawa. Salbiah hanya menggeleng. Tahu benar sudah hampir dua tahun Hanim tidak memandu.
“Akak Cuma risau jer, last Hanim memandu, Hanim kemalangan…”
“Akak, please jangan citer pasal tu lagi. Kalau boleh Hanim nak lupakan kisah tu” balas Hanim. Ada nada pilu dalam suaranya. Ya kemalangan yang hampir meragut nyawanya dengan Amar. Amar… mengingati nama itu mengundang rindu yang amat dalam sekali. Amar, jantung hatinya. Terbayang seraut wajah itu, wajah yang tak mungkin akan dilupainya.
“Kalau nak pergi, pergilah sekarang. Lagipun dah petang benar nie”
“Ok, Hanim pergi dulu, kejap jer. Janganlah kak Sal bimbang k” balas Hanim. Enjin kereta dihidupkan. Salbiah memandang hingga kereta yang dipandu Hanim hilang dari pandangan. Entah mengapa hatinya tidak enak. Ada resah yang tidak diketahui apa puncanya. ‘Ya Allah lindungilah Hanim’ doanya.
………………………………………………………………………………………………………..
Prangg
Latipah segera ke bilik opah bila terdengar bunyi kaca pecah. Dia mengeluh lega bila mendapati opah tidak apa-apa. Cuma gelas yang pecah.
“Opah tunggu kejap ya, Tipah ambil penyapu. Jangan gerak tau nanti kena kaca pulak” Latipah terus beredar. Opah masih lagi terpaku. Entah bagaimana gelas dalam pegangannya terlepas dan pecah.
Latipah pantas membersihkan kaca yang bertaburan dengan berhati-hati. Opah telah dibaringkan di atas katil. Tidak mahu opah tercedera. Teruk dia dimarahi Puan Nora jika tahu emaknya tercedera. Panjang bebelannya nanti.
“Kenapa kak Tipah?” tiba-tiba satu suara menegur. Latipah menarik nafas panjang. Terkejut. Pantas dia menoleh. Aizad rupanya.
“Tak ada apa-apa, Cuma opah terpecahkan gelas. Aizad dari mana? Amar mana?” Tanya Latipah. Tangannya masih lagi membersihkan serpihan kaca.
“Amar kat bawah. Dengan mama. Tadi Aizad bawa Amar jumpa doctor. Dua tiga hari ni asyik merengek jer,” Balas Aizad.
“Ye ker? Demam agaknya Amar tu?” balas Latipah. Tahu sejak beberapa bulan ini kesihatan Amar tidak begitu memuaskan.
“Macam tulah Kak Tipah. Opah sihat?”
“Opah macam yang Aizad tengoklah. Kejap sihat,kejap tidak..” balas Latipah perlahan. Ada rasa sayu pada suaranya. Kesian Amar dan opah. Aizad hanya mengeluh. Entah salah siapa ini terjadi. Silap dirinya kah? Entahlah… |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi walaupun rasa dah pernah baca |
|
|
|
|
|
|
|
Deringan telefon di ruang tamu mengejutkan Latipah yang sedang menyapu sampah di laman. Segera dia berlari masuk.
“Ya, ini rumah Encik Aizad.”
“Hanim?? Ya Allah” Latipah hamper rebah mendengar khabar yang di bawa pemanggil di talian. Mujur dia sempat berpaut di kerusi.
“Baiklah, saya akan segera sampaikan. Terima kasih Encik” balas Latipah sebelum talian di tamatkan.
“Kenapa dengan kamu Tipah? Siapa yang telefon?” Tanya Puan Nora yang baru turun dari tingkat atas. Latipah tersentak.
“Polis Puan, Hanim kemalangan”
“Apa..” tiba-tiba terdengar jeritan opah. Entah sejak bila opah berada di situ. Latipah juga tidak sedar.
“Mak…” Puan Nora segera berlari mendapatkan opah yang hamper rebah. Segera dipapah opah duduk di kerusi.
“Hanim…”kedengaran suara opah berbisik sayu.
“Pah cepat telefon doctor Zainal dan Tuan Farok” arah Puan Nora. Dia cemas melihat keadaan opah yang tidak bermaya. Mungkin terkejut mendengar khabar Hanim kemalangan. Kemalangan… Ya Allah apa yang berlaku…’Selamatkanlah Hanim…’ doa Puan Nora dalam hati. Walau apapun yang terjadi Hanim tetap anaknya…
“Pah, betul ke Hanim kemalangan? Di mana? Teruk tak? Ya Allah selamatkanlah Hanim…” Puan Nora resah. Mana nak memikirkan opah, mana nak memikirkan Hanim. Hatinya benar-benar bimbang.
“Menurut pegawai polis tersebut Hanim cedera parah puan. Pah risau. Apa kita nak buat? Hanim kat Hospital Sultanah Bahiyah. Alor Star puan. Jauh tu. Macam mana ni?” Latipah resah. Ya Allah selamatkanlah Hanim. Tak sangka Hanim membawa rajuk hingga ke utara tanah air.
“Alor Star? Ya Allah jauhnya Pah. Kenapa lambat sangat Tuan Farok kamu balik ni? Dia kat mana kamu telefon tadi? Si Zainal ni pun kenapala tak sampai-sampai lagi…” Puan Nora terus merungut. Tangannya mengusap belakang opah perlahan. Wajah opah pucat. |
|
|
|
|
|
|
|
Hanim membuka matanya. Terasa perit matanya menahan cahaya yang menyilau. Matanya memandang sekeliling. Aneh. Dimana dia kini. Hospital? terkejut melihat keadaannya dengan kaki kiri bersimen. Tangan yang berbalut dan kepalanya sangat sakit.
"Nim dah sedar?" tiba-tiba satu suara menegurnya. Matanya memandang wajah dihdapannya. Siapa. Wanita itu segera keluar memanggil jururawat. Tidak lama kemudian Salbiah masuk. Hanim tersenyum lega melihat Salbiah.
"Kak Sal, apa yang terjadi? Kenapa Hanim boleh ada kat sini?" tanya Hanim keliru.
"Hanim tak ingat? Hanim kan kemalangan. Sudah semiggu Hanim tak sedar," Balas Salbiah. Matanya memandang wajah Hanim yang kelihatan keliru. Hanim ni ok ke tak?
Dr Rahman dan beberapa orang jururawat masuk kebilik tersebut. Salbiah keluar, memberi ruang mereka memeriksa Hanim.
Opah melangkah perlahan ke arah Salbiah. Hatinya gembira mendengar Hanim sudah sedar. Puan Nora juga gembira.
“Sal macam mana Hanim?” Tanya opah tidak sabar.
“Sal tengok dia ok je Cuma Hanim macam keliru sedikit. Apapun kita tunggu apa kata doctor,” Puan nora lega mendengar kata-kata Salbiah. Pantas dia menelefon Aizad dan suaminya mengkhabarkan berita tersebut.
………………………………………………………………………………………………………..
Hanim merenung wajah-wajah di hadapannya. Siapa mereka? Kawan Kak Sal kot, teka Hanim sendiri. Tapi wajah perempuan yang kelihatan anggun di hadapannya itu seperti pernah dilihat Tapi dia lupa dimana. Lama wajah itu direnungnya, mencari nama pemilik wajah tersebut di celah-celah memorinya. Oppss… tu bukankah Puan Nora, isteri Tuan Farok majikannya dan ibu Encik Aizad. Hanim terperanjat bercampur hairan. Kenapa keluarga majikannya berada di sini. Di dalam bilik wad yang di huninya.
“Hanim sihat?” opah bertanya. Tangannya mengelus lembut rambut Hanim. Hanim yang masih terpinga-pinga hanya diam. Keliru. Siapa pula perempuan tua ni? Hanim bertanya sendiri. Matanya pantas mencari wajah Salbiah. Salbiah yang menyedari keadaan Hanim memandang wajah itu kehairanan. Mengapa? Bukankah selama ini Hanim sangat merindui opah. Kini bila bertemu Hanim seolah-olah tidak mengenali opah pula.
“Sihat tapi nenek ni siapa? Kita pernah kenalke? Kenapa pula Puan Nora ada di sini?” Terkejut semua bila mendengar pertanyaan Hanim. Masing-masing memandang sesama sendiri. Latipah yang sedang membuka pintu juga tergamam. Amar yang berada dalam dukungan meronta-ronta untuk melepaskan diri apabila terpandang wajah Hanim. Latipah menurunkan Amar, anak kecil itu terus berlari kea rah Hanim. Hanim makin keliru. Ni siapa pula? Matanya silih berganti merenung Latipah dan Amar. Amar memandang wajah Hanim, tangannya di depakan agar Hanim mengankatnya. Salbiah yang melihat mengangkat anak kecil itu ke atas katil. Di dudukkan bersebelahan Hanim.
“mi…mi…” Amar bersuara perlahan. Tangan kecilnya memeluk Hanim. Pipi hanim di cium bertalu-talu. Hanim memeluk anak kecil itu perlahan. Matanya memandang Salbiah penuh tanda tanya. |
|
|
|
|
|
|
|
wah..best best best...
shana...smbg cepat ya... |
|
|
|
|
|
|
|
“Kak Sal, budak ni anak siapa? Hanim bertanya. Matanya menatap wajah anak kecil yang amat comel itu.
“Betul Hanim tak kenal mereka semua?” Tanya Salbiah. Hatinya rasa tidak enak. Pelik. Puan Nora segera meminta Latipah memanggil doctor. Hatinya turut resah. Suaminya Farok dan anaknya dalam perjalanan ke hospital. Suami dan anaknya pulang sebentar ke rumah Salbiah untuk mengambil beberapa barang keperluan Hanim dan Amar. Selama seminggu ini mereka tinggal di rumah Salbiah. Maklumlah opah tidak gemar tinggal di hotel. Mahu tak mahu mereka tinggal sementara di rumah Salbiah.
Pintu bilik Hanim di tolak dari luar. Kelihatan Dr Rahman masuk bersama dua orang jururawat. Perhatiannya hanya pada Hanim. Pemeriksaannya tadi tiada apa-apa masalah pada Hanim. Hanim turut memandang wajah Dr Rahman yang agak cemas itu.
“Hanim kenal dengan mereka semua?” Tanya Dr Rahman. Matanya menunjukkan kea rah semua yang ada di dalam bilik tersebut. Hanim mengangguk. Masakan dia tidak mengenali Salbiah dan Puan Nora. Wajahnya berubah bila matanya memandang Amar dan opah. Berkerut dahinya memikirkan mereka. Memikirkan hubungan mereka dan dirinya.
“Kenal, ni Kak sal dan tu Puan Nora. Baby ni dan nenek tu tak berapa ingatlah doctor. Tapi rasanya Hanim memang tidak kenal mereka.” Balas Hanim yakin. Amar yang berada di ribaannya di peluk. Anak kecil itu hanya ketawa dan memeluk tubuh Hanim. Sesekali tangannya bermain di wajah Hanim. Hanim hanya membiarkan. Entah mengapa jauh di sudut hati terasa anak kecil itu amat rapat dengan dirinya.
“Betul Hanim tak kenal dengan opah dan kak Pah? Habis tu siapa Puan Nora ni? Betul Hanim tak ingat hubungan Hanim dengan mereka?” Tanya Dr Rahman. Sepanjang Hanim di hospital Opah dan Latipah setia berada di sisi Hanim. Sebab itu dia kenal mesra dengan Opah yang baik dan mesra itu.
“Puan Nora ni kan emak Encik Aizad isteri Tuan Farok bos Hanim” balas Hanim penuh yakin.
“OK, Yang ini siapa pula?” Tanya Dr Rahman sambil tangannya menunjuk arah opah, Latipah dan Amar. Hanim menggeleng. Wajahnya masih lagi bingung. Pentingkah mereka sehingga dia perlu mengenali mereka.
“Hanim ingat perkara terakhir yang Hanim lakukan sebelum kemalangan?” Tanya Dr Rahman.
Hanim terdiam. Cuba mengingati kembali apa yang berlaku sehingga dia terlantar di sini. Berkerut-keut dahinya. Haa… ingatpun…
“Hanim kelam kabut turun tangga nak hantar dokumen kat Encik Aizad, lif rosak hari tu dan entah macammana Hanim tergolek jatuh…” jawab Hanim dengan yakin. Bibirnya terukir senyuman. Akhirnya berjaya juga dia ingat sebab dia cedera sampai terlantar begini.
Mereka yang berada di bilik tersebut saling berpandangan. Ada rasa bimbang di situ. Mengapa dengan Hanim? Dr Rahman sekadar tersenyum. Seperti agakannya sebentar tadi. Hanim mengalami Amnesia.
“Doktor, kenapa dengan Hanim?” Tanya Salbiah tanpa sabar.
“dari pemerhatian saya, saya dapati Puan Hanim mengalami amnesia.Retrograde Amnesia. Pesakit biasanya dapat mengingati kejadian selepas trauma dengan jelas tetapi tidak dapat mengingati sesetengah kejadian sebelumnya” terang doctor Rahman.
“Maksud Doktor, Hanim hilang ingatan? Tapi kenapa dia masih ingat sesetengah perkara?” Tanya Puan Nora.
“Ya selalunya pesakit yang mengalami retrograde amnesia biasanya akan mengingati sesetengah perkara. Puan jangan bimbang, Hanim akan pulih. Dengan bantuan semua keluarga Insyaallah Hanim kan dapat semula memorinya. Cuma bila dia akan pulih, saya tidak tahu” terang Doktor Rahman. Mereka yang berada di situ saling berpandangan. Hanim mengerutkan dahi.tak percaya. Mana mungkin dia hilang ingatan. Keliru. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la shana ni...
jgn segan-segan letak n3 ye... |
|
|
|
|
|
|
|
rindu pada karya seorang teman .... dia x lagi berkarya |
|
|
|
|
|
|
|
"Assalamualaikum..." terdengar satu suara. Semua yang berada di dalam bilik tersebut menoleh ke arah pintu. Kelihatan Tuan Farok dan Aizad melangkah masuk.
"Alhamdulilah, Hanim dah sedar. Doktor, macammana keadaan Hanim? dia dah sihatkan. Bila boleh dia balik?" tanya Tuan Farok. Aizad pula menghampiri Hanim. tersenyum melihat Amar yang erat memeluk Hanim.
'anak papa rindukan umi ke? sian anak papa' bisik hatinya. Matanya memandang wajah Hanim yang kebingungan itu. Blur semacam. Kenapa? hatinya terasa aneh.
"Nim kenapa? sampai berkerut dahi tu. fikirkan apa?" tanya Aizad. Tangannya mengelus rambut Hanim. Hanim mengelak perlahan. tak selesa.
"Tu ha... doktor tu kata Hanim hilang ingatan. tapi Hanim ingat lagi. Hanim kenal lagi dengan Encik Aizad, kak Sal, Tuan Farok dan Puan Nora," terang Hanim. bibirnya memuncung tanda protes. Tak puas hati.
"Memang betul, Hanim ingat mereka semua, tapi Hanim langsung tak ingat opah dan paling penting Hanim tak ingat Amar, anak Hanim sendiri" Balas Doktor Rahman.
"Anak??" Hanim terjerit kecil. anak? Aku ada anak. Biar betul. Bila pula aku kahwin ni? dengan siapa? Hanim keliru.
"Ya Amar, anak kita" bisik Aizad perlahan di telinga Hanim. Tangannya turut membelai bahu Amar. anak kecil itu ketawa riang. riang dalam pelukan umi dan papanya.
"Tapi bila..." Hanim tak dapat meneruskan kata-katanya. Kepalanya terasa sakit bila dia cuba mengingatkan sesuatu. Pantas tangannya memicit kepalanya.
"Hanim kenapa?" tanya Aizad cemas. Pantas tangannya mengambil Amar dan diserahkan pada Latipah. Doktor Rahman menghampiri Hanim. Mereka yang berada disitu diminta beredar dari bilik tersebut.
Opah keresahan di luar. begitu juga dengan mereka yang lain. Aizad mendukung Amar yang merengek. Matanya memandang pintu bilik Hanim. Ada resah yang bertandang. Berharap Hanim tiadak apa-apa. Ada rasa bersalah yang muncul ditubir hati.
Aizad tersentak apabila handsetnya berdering. Segera dia menjauh dari situ. Amar masih lagi dalam dukungannya. Anak kecil itu langsung tak mahu dengan sesiapapun.
"Hello..."
"I kat hospital. Kat Alor Star. My wife masuk hospital" Balas Aizad malas.
"Honey bila you nak balik? I rindulah" balas suara dihujung talian manja.
"Lin, I dah beritahukan my wife kemalangan. You kenalah faham" Aizad memujuk. berharap Linda memahaminya.
"You cakap You cuma sayangkan I, cintakan I. Jadi biarlah keluarga dia jaga dia. You dengan diakan dah berpisah" suara itu membentak. Tidak puas hati.
"Walau apapun dia isteri I, Ibu pada anak I. I harap you faham K. Dah balik nanti kita bincang. Jangan call I lagi. I tak nak mama dan opah marah I"
"You... sampai hati You..."
"Dah lah . Mama I dah pandang semacam tu" Aizad pantas mematikan talian bila terpandang riak tidak senang mamanya. Apatah lagi bila Amar mula merengek. Aizad menghampiri keluarganya semula.
"Siapa call?" tanya Puan Nora. Riak tidak senang kelihatan diwajahnya. Tuan Farok hanya diam. Malas nak ambil tahu walaupun hatinya juga tidak senang dengan si pemanggil. Tidak perlu diberitahu, dia sudah agak siapa. Aizad pula leka memujuk Amar. Malas hendak menjawab. Takut mamanya makin marah nanti.
"Berapa kali mama nak cakap, mama tak suka dia call. Apatah lagi dalam keadaan macam ni. Dulu dia tinggalkan kamu macam tu aje. Bila kamu dah bahagia, mulalah terhegeh-hegeh nak kamu semula. Kamu pula, sanggup terima dia balik... Huh mama tak tahula apa nak jadi dengan kamu. perempuan yang baik kamu lepaskan, yang buruk tu juga kamu terkejar-kejar.." bebel Puan Nora. Aizad hanya diqam. malas melayan ocehan mamanya. di layan nanti makin marak pula api kemarahan mamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 12# suyfea
sayangnya.... kenapa tidak lg berkarya??? opps busybodylak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply suyfea
sayangnya.... kenapa tidak lg berkarya??? opps busybodylak
shana85 Post at 12-3-2011 11:56
thn ini dia agak busy ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 13# shana85
shana...cite ni ada kat blog tak? |
|
|
|
|
|
|
|
citer lelaki menduakan cinta dah klise .... lelaki ..... samada balik kepada kekasih lama ....atau lelaki .... mencari yang baru bila jemu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|