Kuiz ini diinspirasikan dari forumer hermione_twin
game ni sangat mudah..
pemain dikehendaki membina perkataan lain yang mengandungi huruf2 dari perkataan yang diberi
caranya begini:
pemberi soalan akan memberikan 1 perkataan.. sebagai contoh
PERISTIWA
perkataan yang boleh dibina dari perkataan diatas adalah
1. resit
2. perit
3. sita
4. sawit
perkataan yang tidak akan diambil kira:
1.sawat
kerana.. bilangan huruf A yg diberikan cuma 1 huruf
1. huruf untuk setiap perkataan yg dibina minimum 3 huruf
2. Perkataan (jawapan & soalan) mestilah dr Bahasa Melayu sahaja
3. Point akan dibagi utk setiap perkataan yg korang bina
4. ejaan shortform tak akan diambil kira
5. Nama negara dan nama orang cth cam India, Siti, Australia, Noor tak diambil kira
6. boleh menjawap seberapa banyak perkataan tetapi hanya 1 perkataan setiap post
7. masa diberikan untuk menjawap hanya 10 minit dari masa soalan diberikan
8. sekiranya terdapat perkataan yg sama, point akan diberi kepada forumer yang terdahulu memberikan perkataan itu
9. setiap jawapan tidak boleh di edit
10. selagi pengiraan belum selesai, tidak dibenarkan memberikan perkataan baru
11. Penyertaan mesti dimulai dgn posting yang menandakan "check-in".
12. Penyertaan SR dikira tidak sah, jawapan tidak dikira.
13. pemberi soalan berhak memberi soalan apa sahaja
SISTEM POINT:
PEMBUKA THREAD/UPDATER - 50 point
PEMBERI SOALAN/TUKANG KIRA - 10 point utk setiap soalan
PEMAIN - 1 point utk satu perkataan yg diterima