CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3824|Reply: 0

[Pulau Pinang] JPN P. Pinang gembleng usaha tangani isu pelajar tercicir

[Copy link]
Post time 11-3-2024 04:11 PM | Show all posts |Read mode

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas menunjukkan tanda semangat mereka kembali ke sekolah, hari ini. -Foto oleh IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP) akan memperhebat kerjasama dengan pelbagai pihak bagi menangani isu keciciran pelajar di negeri ini.

Pengarahnya, Abdul Said Hussain walau bagaimanapun berkata, bilangan pelajar keciciran di negeri ini kecil dan tiada keperluan untuk kebimbangan wujud sama sekali.

“Kebiasaannya, antara faktor yang menyebabkan berlaku keciciran ketika anak-anak ini transisi dari sekolah rendah ke sekolah menengah.

“Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah swasta, sekolah agama tanpa dimaklumkan kepada pihak sekolah dan ada pelajar tidak hadir kerana membantu ibu bapa.

“Justeru, program jerayawara akan dilaksanakan selepas Aidilfitri nanti dan kita akan libatkan kerajaan negeri, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) termasuk penghulu di daerah tertentu yang berdepan dengan isu terbabit bagi menimbulkan kesedaran dalam kalangan pelajar, keluarga dan komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau hari pertama persekolahan sesi 2024/2025 Kumpulan B di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Ahmad Badawi di Kepala Batas, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya turut menyasarkan sifar ketidakhadiran pelajar menjelang bulan Ramadan yang akan bermula esok.

“Kita harap pelajar akan terus hadir ke sekolah setiap hari sepanjang bulan puasa dan semangat ini akan diteruskan sehingga Syawal nanti,” katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, seramai 217,886 murid dan pelajar dari 397 buah sekolah memulakan sesi persekolahan 2024/2025, hari ini. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... u-pelajar-tercicir/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2025 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.034638 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list