|
Pemain Manchester City, Kevin De Bruyne tidak berpuas hati apabila dikeluarkan oleh pengendali, Pep Guardiola ketika aksi Liga Perdana Inggeris menentang Liverpool di Anfield. - Foto REUTERS
LIVERPOOL: Pep Guardiola menegaskan dia gembira dengan reaksi marah Kevin De Bruyne selepas pemain tengah itu dikeluarkan ketika keputusan seri 1-1 menentang Liverpool di Anfield.
De Bruyne terpaksa dikeluarkan untuk City mengawal asakan bertali arus Liverpool di babak kedua, dan pemain Belgium kelihatan berang ketika menuju ke arah bangku simpanan.
"Saya gembira melihat perkara itu! Saya suka jika dia kecewa, ia bagus. Dia gembira sekarang. Saya tahu apa yang kami hilang. Kami kehilangan penguasaan bola.
"Selepas dia keluar, kami lebih baik. Tetapi apa boleh saya katakan tentang Kevin, kami memerlukannya dan dia sangat penting," kata Guardiola.
De Bruyne mencetus gol pertama City apabila sepakan sudutnya yang diambil pantas disempurnakan John Stones.
Liverpool menyamakan kedudukan menerusi penalti Alexis Mac Allister selepas Darwin Nunez dijatuhkan penjaga gol, Ederson. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... uka-de-bruyne-marah
|
|