View: 20413|Reply: 0
|
Brendan belum ada kelab, fokus tugasan negara
[Copy link]
|
|
Brendan (kanan) menjalani latihan bersama Harimau Malaya menjelang aksi menentang Oman.
KUALA LUMPUR: Status kelab mana yang akan disertai pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan musim ini masih menjadi tanda tanya.
Ia susulan bekas kapten Selangor itu menjelaskan dia ketika ini masih belum membuat keputusan muktamad mengenai masa depannya selepas berpisah dengan Gergasi Merah, bulan lalu.
Brendan berkata, fokus utamanya ketika ini adalah terhadap tugasan bersama Harimau Malaya dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada 22 dan 26 Mac depan.
"Buat masa ini saya masih belum memuktamadkan keputusan mengenai kelab yang akan disertai. Saya hanya mahu memberi fokus kepada skuad kebangsaan.
"Harap semuanya berjalan lancar dan menentukan mengenai masa depan. Pada saat ini saya gembira berada di sini (kem latihan Harimau Malaya) dan mahu melakukan yang terbaik untuk negara.
"Terdapat beberapa spekulasi dan khabar angin di luar sana, namun ketika ini saya belum buat keputusan muktamad," katanya kepada media sebelum sesi latihan skuad kebangsaan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia, semalam.
Meskipun masih belum bersama mana-mana kelab, Brendan bagaimanapun tetap dipanggil ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menentang Oman.
Malah, Brendan yang akan menjangkau usia 36 tahun, Jun depan menjelaskan bahawa dia berusaha sedaya upaya untuk memastikan berada dalam keadaan baik.
"Bagi saya, luar musim bukan hanya untuk duduk diam, tidak melakukan apa-apa dan menonton televisyen. Saya akan cuba untuk terus cergas. Sebahagian daripada rakan sepasukan juga sudah memulakan latihan bersama pasukan mereka.
"Kami cuma perlu kecergasan perlawanan dan intensiti. Barisan kejurulatihan sedar mengenai perkara itu dan akan melakukan yang terbaik untuk kami bersedia pada tahap terbaik," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... okus-tugasan-negara |
|
|
|
|
|
|
| |
|