CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6952|Reply: 0

Lebih sukar ganti Guardiola berbanding saya - Klopp

[Copy link]
Post time 10-3-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp (kiri) yakin lebih sukar mencari pengganti Pep Guardiola (kanan) di Manchester City berbanding dirinya. - Foto AGENSI

LIVERPOOL: Menggantikan Pep Guardiola di Manchester City akan menjadi tugas hampir mustahil berbanding mencari pengendali baharu di Liverpool akhir musim ini.

Itu pendapat Jurgen Klopp, pengendali Liverpool yang akan meninggalkan Anfield sebaik tamat musim ini.

Liverpool akan melayan kunjungan City di Anfield malam ini dengan pemenang akan merampas tangga teratas Liga Perdana Inggeris daripada Arsenal.

Dua pengendali itu akan bertembung buat kali terakhir dalam aksi Liga Perdana Inggeris selepas Klopp pada Januari lalu mengumumkan akan meletak jawatan di akhir musim ini.



"Saya rasa ia adalah saat tepat untuk pengendali baharu dan bukan keputusan yang silap kerana kami belum memenangi kesemuanya, masih ada ruang.

"Untuk menggantikan Pep Guardiola di City, anda perlu menjadi juara 10 tahun berturut-turut untuk mencapai kejayaan sama," kata Klopp.

Pengendali dari Jerman itu berkata, dia tidak kesal terlepas gelaran Liga Perdana Inggeris kepada City dengan jurang satu mata pada musim 2018-19 dan 2021-22 kerana ia meredakan tekanan buat penggantinya untuk meraih lebih banyak kejuaraan.

"Mungkin ia bagus untuk itu kerana kami tidak menjadi juara dengan 97 mata. Dalam tahun-tahun itu (tewas kepada City) dengan satu mata semua orang tahu situasi boleh berubah sekelip mata.

"Bagi saya ia tidak menjejaskan keseronokan yang kami alami dalam apa yang kami lakukan. Tetapi bagi orang di luar sana - sama ada anda menang atau kalah," katanya. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/sukan ... rbanding-saya-klopp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.050369 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list