CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7149|Reply: 0

[Sarawak] Akademi Azan Satok bangun, latih muazzin muda

[Copy link]
Post time 10-3-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode


Ibrahim (dua kanan) menyampaikan replika cek kepada Muhammad Ruzain yang memenangi kategori Harapan pertandingan azan. Turut kelihatan, Abdul Samat (kanan).

KUCHING: Akademi Azan Satok akan membangunkan muazzin muda dalam kalangan masyarakat, memberikan mereka latihan yang diperlukan untuk menggalas peranan itu pada masa hadapan.

Menurut satu kenyataan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok Dato Ibrahim Baki berkata, program itu juga bertujuan untuk membentuk sahsiah belia serta menerapkan nilai-nilai murni.

“Akademi Azan Satok adalah untuk membina sahsiah, jati diri dan menyemai disiplin dalam kalangan masyarakat, khususnya anak-anak kecil di peringkat sekolah.

“Diharap pihak akademi dapat meningkatkan mutu bacaan azan melalui komitmen peserta dan program ini akan terus mendapat sokongan daripada pihak sekolah dan ibu bapa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Akademi Azan dan Pertandingan Lafaz Azan di SK Rakyat, Jalan Haji Bolhassan di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Politik Premier Sarawak Abdul Samat Gany yang juga Pengerusi Biro Pendidikan PBB Satok.

Ibrahim turut memuji Biro Pendidikan PBB Satok kerana menganjurkan program terbabit, sambil menambah biro itu memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan pendidikan di kawasan berkenaan.

“Biro Pendidikan kami secara aktif melibatkan masyarakat untuk menganjurkan aktiviti yang menyumbang ke arah peningkatan akademik kanak-kanak di Satok,” tambahnya.

Ujarnya, peranan biro itu terserlah menerusi penganjuran kursus pemulihan selepas pandemik COVID-19 apabila mendapati sebilangan kanak-kanak sekolah rendah tidak dapat bersaing dengan kekurangan kelas fizikal.

"Program diadakan untuk membantu kanak-kanak yang pada masa itu tidak boleh membaca, menulis dan mengira. Syukur, kesemua mereka dapat mengejar dan kini dilengkapi dengan kemahiran asas ini.

“Saya berterima kasih kepada Biro Pendidikan kerana membangunkan anak-anak muda kita menjadi lebih inovatif dan inventif supaya mereka boleh berjaya pada masa hadapan dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan Sarawak,” katanya.

Seramai 14 warga sekolah SK Rakyat Jalan Haji Bolhassan, SK Merpati Jepang dan SK Combined menyertai pertandingan azan yang dibahagikan kepada dua kategori - Harapan dan Permulaan.

Kategori Harapan dimenangi oleh Muhammad Ruzain Dzulkarnain Abdullah dari SK Rakyat yang membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala dan sijil, manakala kategori Permulaan dimenangi oleh Fikri Ilham Mohd Faizal Abdullah yang memenangi hadiah wang tunai RM500, trofi dan sijil.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.053259 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list