CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1932|Reply: 0

[Sarawak] Kewangan, insentif dan pelaburan besar amat penting untuk capai SFM urus hutan tropika

[Copy link]
Post time 8-3-2024 09:36 PM | Show all posts |Read mode


Yong berucap merasmikan penutupan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Mampan Hutan Tropika di Kuching hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Kewangan, insentif dan pelaburan yang besar amat penting dalam mencapai Pengurusan Hutan Lestari (SFM) bagi menguruskan hutan tropika.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC) Yong Teng Koon berkata, SFM amat penting bagi menyediakan penyelesaian berasaskan alam semula jadi.

“Hutan tropika amat berharga dan penting untuk diuruskan secara mampan.

“Ia memberikan nilai ekonomi yang tinggi menerusi nilai tambah daripada perkhidmatan ekosistem. Justeru, kita juga memerlukan dasar sokongan serta persekitaran yang membolehkan jaminan jangka panjang,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutupan Persidangan Antarabangsa Pengurusan Mampan Hutan Tropika anjuran Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) yang dihadiri Pengerusi STA Dato Henry Lau di sini, hari ini.

Menurut Yong, kini krisis iklim semakin ketara dan amalan SFM yang lebih pintar amat diperlukan bagi menyelesaikan pengurusan hutan berasaskan semula jadi.

Selain itu, persatuan juga berharap lebih banyak rundingan bersama pelbagai pihak berkepentingan atau kerjasama dalam mencapai perkongsian ke arah menjaga kelestarian alam semula jadi.

Sementara itu, persidangan yang diadakan selama dua hari bermula semalam dan hari ini merupakan anjuran STA sempena dengan sambutan Hari Hutan Antarabangsa.

Persidangan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan WWF-Malaysia serta disokong oleh Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa (ITTO).

Ia berfungsi sebagai platform untuk pakar, pengamal, penggubal dasar dan pihak berkepentingan antarabangsa dan nasional untuk menerokai hubungan penting antara perhutanan dan pembangunan mampan ke arah mewujudkan strategi komprehensif yang menjadi kunci untuk memulihara daya hidup jangka panjang hutan tropika.

Acara dua hari itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kira-kira 200 peserta yang mewakili pihak berkepentingan pelbagai peringkat, menunjukkan minat mereka dalam SFM dan memulihara hutan tropika.

Ia turut dihadiri pemimpin dalam industri perkayuan, badan kerajaan, dan organisasi pemuliharaan, termasuk Pengerusi STA Dato Henry Lau, Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad dan Pengerusi WWF-Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar yang turut berucap pada persidangan itu.

Persidangan berusaha untuk memupuk perkongsian dalam kalangan pihak berkepentingan dalam industri perhutanan dan perkayuan, bertujuan untuk menggalakkan kerjasama untuk pemuliharaan hutan tropika melalui kemajuan pengurusan hutan yang mampan dan amalan perniagaan yang bertanggungjawab.

Menyedari saling kebergantungan yang rumit dalam ekosistem hutan yang kompleks, anjakan paradigma dalam penggunaan sumber hutan dan pengurusan mampan yang berkesan memerlukan usaha kolektif.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.068406 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list