|
TIGST juara Maraton Berlin 2023.
London: Pemegang rekod dunia Tigst Assefa mengetuai senarai atlet handalan dalam perlumbaan elit wanita di Maraton London.
Jaguh dari Habsyah itu cemerlang mencatat masa dua jam, sebelas minit dan 53 saat (s) di Maraton Berlin 2023 sekali gus mengatasi lebih dua minit rekod sebelumnya milik atlet Kenya Brigid Korgei yang mencatat 2:14.04s.
Dengan Brigid dan rakan senegaranya Ruth Chepngetich turut beraksi, tiga daripada empat pelari terpantas dalam sejarah akan bertanding di London pada 21 April.
Rekod dunia maraton wanita 2:17:01 dicipta seorang lagi jaguh Kenya, Mary Keitany di Maraton London 2017 dan catatan itu dijangka dapat diatasi dengan juara Olimpik Peres Jepchirchir dari Kenya serta rakan senegara Tigst dari Habsyah Yalemzerf Yehualaw juara di London pada 2022, turut antara kumpulan yang mampu memecahkan catatan itu.
"Kami berada dalam era emas perlumbaan maraton wanita," kata Hugh Brasher, pengarah acara Maraton London semalam.
"Namun rekod dunia maraton wanita 2:17:01 dicipta Mary Keitany di Maraton London 2017 masih kekal bertahan tapi dengan penyertaan Tigst Assefa, Brigid Kosgei, Ruth Chepngetich, Peres Jepchirchir dan keseluruhan 10 atlet mencatat di bawah dua jam 17 minit 30 saat, rekod milik Mary mampu dipecahkan di Maraton London 2024.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ngit-maraton-london |
|