View: 8300|Reply: 0
|
Lain macam semangat Fury
[Copy link]
|
|
FURY ketika sidang media menjelang pertarungan di antara Antony Joshua dan Francis Ngannou. FOTO Reuters
London: Tyson Fury menegaskan dia kini sedia berjuang walaupun darah merata-rata ketika menentang Oleksandr Usyk dalam pertarungan tinju heavyweight yang ditangguh ke 18 Mei.
Juara WBC Fury mempertaruhkan tali pinggangnya untuk berdepan pencabar dari Ukraine, Usyk di Arab Saudi pada 17 Februari lalu tetapi kecederaan di mata kanan Fury ketika sesi latihan menyebabkan pertarungan itu ditunda ke Mei.
Fury ketika bercakap di Riyadh menjelang pertarungan Anthony Joshua dan Francis Ngannou malam esok menegaskan dia tidak peduli dengan kecederaannya.
"Ia proses penyembuhan yang bagus. Saya tak bimbang," kata Fury kepada DAZN semalam.
"Jika ia pertarungan terbuka, sudah tentu darah merata-rata," katanya.
"Jangan hentikannya kerana ia pertarungan heavyweight. Apabila saya memulakan kem pada penghujung Mac, saya sedia 'bertumbuk' dengan rakan sepelatih."
Fury yakin dapat mengatasi Usyk yang memegang gelaran WBA, IBF dan WBO sebelum menentang pemenang di antara bekas juara Joshua dan Ngannou.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... macam-semangat-fury |
|
|
|
|
|
|
| |
|