CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6848|Reply: 0

[Kelantan] Warga emas maut, motosikal lawan arus bertembung Toyota Hilux

[Copy link]
Post time 5-3-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan motosikal jenis C70 yang ditunggang mangsa selepas bertembung dengan sebuah trak pikap di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang semalam. - Foto IHSAN POLIS

GUA MUSANG – Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal yang dia tunggang secara melawan arus di bahu jalan bertembung dengan sebuah trak pikap di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.16 malam itu, mangsa, Ma-Ae Sama-Ae, 61, yang merupakan warganegara Thailand meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, siastan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Honda C70 di bahu jalan secara melawan arus di Jalan Gua Musang-Lojing di sini.


Keadaan Toyota Hilux selepas bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang mangsa secara melawan arus di Kilometer 35, Jalan Gua Musang-Lojing, Gua Musang semalam. – Foto IHSAN POLIS

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, motosikal tersebut bertembung dan merempuh bahagian depan sebelah kiri trak pikap jenis Toyota Hilux.

“Kejadian itu menyebabkan Sama-Ae tercampak di atas jalan dan pecah pada bahagian depan kepalanya.

“Mangsa yang masih sedarkan diri selepas kemalangan dikejarkan ke unit kecemasan Hospital Gua Musang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.15 malam,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Choon Foo memberitahu, pemandu trak pikap yang berusia 53 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke unit forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasatn dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... mbung-toyota-hilux/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.069640 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list