View: 4516|Reply: 0
|
Tan Cheng Hoe mahu penuhi impian
[Copy link]
|
|
CHENG HOE akan memulakan tugasnya sebagai pengendali Police Tero menentang Nakhon Pathom malam ini. - FB POLICE TERO FC
IMPIAN untuk mengendalikan kelab luar negara menjadi punca utama Tan Cheng Hoe menerima tawaran untuk menjadi ketua jurulatih pasukan berpangkalan di Thailand, Police Tero pada baki saingan musim ini.
Sebagai rekod, Cheng Hoe telah diperkenalkan selaku ketua jurulatih Police Tero kelmarin bagi menggantikan posisi legenda Thailand, Worrawoot Srimaka yang kembali diberi peranan selaku pegawai teknikal kelab.
Pengendali kelahiran Kedah itu mengakui bukan mudah untuk membuat keputusan berhijrah daripada kelab Selangor FC, tetapi keputusan terpaksa dibuat demi kebaikan serta masa depan kariernya.
“Saya mengucapkan terima kasih kepada Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah (Presiden kelab), pihak pengurusan dan barisan pemain yang memberikan sokongan penuh kepada saya sejak bersama pasukan pada penghujung 2022.
“Namun, tawaran yang diberikan oleh Police Tero ini sukar ditolak kerana seperti yang telah saya katakan sebelum ini, impian saya adalah untuk membimbing pasukan luar negara dan saya tidak akan fikir dua kali.
“Saya harap penghijrahan ini dapat membuka pintu buat jurulatih tempatan lain untuk mencuba nasib di luar negara,” katanya kepada Kosmo!
Sementara itu, Cheng Hoe harap dapat memulakan debut pertama bersama Police Tero dengan langkah kanan pada aksi Liga 1 Thailand (T1) menentang Nakhon Pathom pada malam ini.
“Sudah tentu saya mahukan keputusan positif, tetapi saya juga tidak mahu pemain tertekan. Apa yang penting mereka tunjukkan semangat juang tinggi bersama pasukan,” katanya.
Police Tero ketika ini menduduki tangga ke-14 saingan T1 selepas mengutip 19 mata daripada 19 perlawanan.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... mahu-penuhi-impian/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|