CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5517|Reply: 0

EPL: Dua ‘badut’ rosakkan Manchester United

[Copy link]
Post time 29-2-2024 10:49 AM | Show all posts |Read mode

RASHFORD dan Fernandes dianggap dua pemain yang memberi masalah buat United dalam usaha mengubah prestasi mereka ketika ini. - AFP

LONDON – Manchester United perlu membuat pertimbangan untuk melepaskan khidmat dua pemain tonggak mereka, Bruno Fernandes dan Marcus Rashford yang dianggap punca masalah prestasi kelab itu.

Bekas pemain sayap Arsenal, Perry Groves menganggap kedua-dua pemain itu sebagai beban buat skuad kendalian Erik Ten Hag dan sudah tidak mampu diletakkan harapan untuk mengubah nasib kelab itu.

United menyalakan harapan untuk menamatkan saingan di kedudukan kelompok empat pasukan teratas musim ini selepas mencatat aksi tanpa kalah dalam tujuh perlawanan dengan meraih enam kemenangan dalam semua kejohanan ketika memulakan kempen tahun baharu.

Bagaimanapun, impian itu menjadi semakin kelam ketika mereka dikejutkan dengan kekalahan 1-2 ketika berdepan Fulham di Old Trafford hujung minggu lalu sekali gus ketinggalan lapan mata berbanding Aston Villa yang berada di kedudukan keempat Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Groves percaya bahawa United perlu menggesa para pemain mereka untuk memberikan aksi pada tahap maksimum pada baki perlawanan musim ini, namun percaya ia bukan melibatkan Rashford dan Fernandes.

“Manchester United dalam keadaan teruk ketika ini. Ten Hag seperti sedang berenang sambil tangan terikat. Jika anda pengurus baharu dilantik, dua pemain yang perlu disingkirkan adalah Bruno dan Marcus.

“Mereka adalah punca masalah yang dihadapi United ketika ini. Mereka adalah pemain yang malas. Bruno tidak sepatutnya diberikan tugas ketua pasukan walaupun dalam kariernya selama sejuta tahun.

Musim ini menyaksikan Fernandes meledak tujuh gol sebagai pemain tengah, namun prestasi Rashford dianggap lebih teruk apabila hanya mampu menjaringkan lima gol dalam 31 perlawanan untuk semua kejohanan.

Rashford sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Old Trafford apabila Paris Saint-Germain dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmatnya sebagai pengganti kepada Kylian Mbappe. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -manchester-united/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.414699 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list