View: 2015|Reply: 0
|
[Pulau Pinang]
Identiti mangsa kapal layar karam sedang dikenal pasti
[Copy link]
|
|
Pasukan penyelamat sedang mengenalpasti identiti pemilik kapal layar yang karam di perairan berdekatan E-Gate, Gelugor, petang tadi.
GEORGE TOWN – Identiti pengemudi dan mangsa yang terlibat dalam tragedi kapal layar karam di perairan berhampiran E-Gate, Gelugor, sebentar tadi sedang dikenal pasti.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak, A’ Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 2/40 petang tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi tersebut.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kerjasama pasukan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang.
“Hasil pemeriksaan awal setakat ini mendapati tiada kelibat mangsa berada di lokasi kapal layar yang karam meskipun pada jarak dekat.
“Belum dapat dipastikan lagi (mangsa) tetapi pihak APMM sudah merujuk perkara terbabit dengan pihak Jabatan Laut berhubung identiti pemilik kapal layar itu.
“Keadaan di lokasi kejadian juga mendapati kapal layar itu berada dalam keadaan separuh karam,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, sebentar tadi.
Tambahnya, maklumat lanjut berhubung kejadian tersebut akan dimaklumkan nanti. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... dang-dikenal-pasti/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|