View: 2504|Reply: 0
|
[Kedah]
Siasatan, tindakan ke atas penganjur konsert Choii tetap diteruskan
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video golongan anak muda yang menyaksikan konsert di Taman Jubli Emas, Alor Setar, Kedah malam semalam.
ALOR SETAR – Pejabat daerah akan memanggil penganjur Choii Underground Music Tour Kedah 2.0 di Taman Jubli Emas dalam masa terdekat kerana mengadakan konsert tanpa permit pada malam Nisfu Syaaban, kelmarin.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan & Kesihatan negeri, Mejar (B) Mansor Zakaria, siasatan tetap akan dijalankan sebelum pihak terlibat mengambil tindakan lanjut di sebalik permohonan maaf penganjur acara berkenaan semalam.
“Apa sahaja tindakan melanggar garis panduan, kita akan ambil tindakan termasuk menyenaraihitamkan kerana kita tidak mahu jadi trend. Mohon (lesen), buat salah selepas itu mohon maaf.
“Hiburan ini di bawah pejabat daerah bukan PBT (Pihak Berkuasa Tempatan) jadi pejabat daerah akan memanggil penganjur kerana lesen dipohon melalui pejabat daerah. Kita minta pejabat daerah panggil dan bagi amaran kerana pelanggaran syarat kalau betul dia langgar dengan rela hati itu kita boleh senarai hitam bukan dia saja mana-mana syarikat lain juga,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kosmo! semalam melaporkan penganjur acara berkenaan menimbulkan kontroversi kerana mengadakan konsert pada malam Nisfu Syaaban selain tanpa permit.
Penganjur terlibat yang menggunakan akaun, Faris Azrii dalam satu hantaran di media sosial semalam kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mendakwa kesilapan di pihaknya kerana terlepas pandang isu tersebut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... i-tetap-diteruskan/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|