CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6794|Reply: 0

Ronaldo kemudi Al-Nassr ke suku akhir ACL

[Copy link]
Post time 22-2-2024 11:45 AM | Show all posts |Read mode

Penyerang Nassr, Cristiano Ronaldo (kanan) mengatasi penjaga gol Fayha, Vladimir Stojkovic pada aksi Liga Juara-Juara di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP

RIYADH: Cristiano Ronaldo mengemudi Al-Nassr ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia awal pagi tadi ketika kelab Arab Saudi itu mengalahkan pencabar domestik Al-Fayha 2-0 untuk mara dengan agregat 3-0.

Nassr, yang menang aksi pertama 1-0 minggu lalu menerusi gol Ronaldo sembilan minit sebelum tamat, lebih banyak menguasai di Al-Awwal Park dan mendahului pada minit ke-17 menerusi pemain sayap Portugal, Otavio.

Bekas bintang FC Porto itu, yang menyertai Nassr pada musim panas lalu, menanduk masuk dari jarak dekat untuk menyumbat gol bagi perlawanan kedua berturut-turut buat kelabnya.

Rakan senegaranya, Ronaldo, yang kelihatan akan menamatkan malam yang mengecewakan secara peribadi, dengan kapten Portugal itu beberapa kali dinafikan sepakan penalti dan tidak lama pada babak kedua, jaringannya dibatalkan kerana ofsaid.



Ronaldo, yang berusia 39 tahun awal bulan ini, turut dilayangkan kad kuning pada masa kecederaan babak pertama kerana terjahan lewat dengan pengurus Nassr, Luis Castro kemudian menerima kad kuning kerana membantah keputusan itu berlebih-lebihan.



Penyerang Nassr, Cristiano Ronaldo (kanan) meraikan gol pertama jaringan Otavio ketika menentang Al-Fayha pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP

Bagaimanapun, kapten Nassr itu enggan berputus asa dan empat minit sebelum tamat, dia menyambut satu lorongan cantik Marcelo Brozovic.

Penjaga gol Fayha, Vladimir Stojkovic patut menangani situasi itu dengan baik tetapi sepakannya dalam usaha mengeluarkan bola singgah di kaki Ronaldo yang mudah menampan masuk ke pintu gol yang ternganga.

Ia adalah gol ke-10 bekas penyerang Manchester United, Real Madrid dan Juventus itu dalam sembilan perlawanan terakhir bersama Nassr.

Ronaldo, pemenang Liga Juara-Juara UEFA lima kali, bertanding buat kali pertama bagi pertandingan elit kelab Asia itu. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... r-ke-suku-akhir-acl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039108 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list