CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3487|Reply: 0

Gabungan Messi-Suarez dinantikan penyokong Inter Miami

[Copy link]
Post time 21-2-2024 08:40 AM | Show all posts |Read mode

Messi (kiri) bersama Suarez

Miami: Inter Miami yang dipenuhi bintang sensasi dunia bakal membuka tirai musim MLS menentang Salt Lake pada esok.

Sudah pastinya Lus Suarez akan membuat kemunculan di MLS pertamanya bersama bekas rakan sepasukan di Barcelona Lionel Messi dengan kemasukan pemain itu meningkatkan lagi harapan untuk Inter Miami meraih keputusan positif.

Messi yang diiktiraf pemain bola sepak terbaik sepanjang zaman selepas membawa Argentina ke Piala Dunia 2022 dan memenangi Ballon d'Or kelapan tahun lalu.

Penambahan Suarez memberikan Messi rakan sepasukan ketiga dari Barcelona dalam pasukan Miami dan pilihan penjaring gol kedua yang sangat diperlukan.



Suarez yang mengumumkan sebagai musim terakhir sebagai pemain profesional sudah mencetak- 17 gol dan memberikan 11 bantuan gol dalam 36 perlawanan bagi Gremio musim lalu di divisyen teratas Brazil.

Walaupun Messi masih menjadi tumpuan utama, rakan sepasukannya tetap menjadi tumpuan sebagai senjata baru kepada Inter Miami.

"Jelas bahawa kami belum memenangi apa-apa lagi," kata Jordi Alba, seorang lagi bekas rakan sepasukan Barcelona dan Miami, kepada MLSsoccer.com.

"Kami mahu memenangi setiap trofi yang dipertandingkan. Ia akan menjadi sangat rumit kerana terdapat beberapa pasukan lain yang sangat bersedia dengan impian yang sama seperti kami, tetapi saya fikir kami mempunyai pasukan yang sangat baik."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nyokong-inter-miami
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.050711 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list