CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7004|Reply: 0

Deretan kecederaan buat Klopp pening kepala

[Copy link]
Post time 20-2-2024 04:13 PM | Show all posts |Read mode

DIOGO Jota (kiri) menerima rawatan ketika bertemu Brentford. FOTO AFP

London: Krisis kecederaan Liverpool semakin meruncing dengan Diogo Jota dan Curtis Jones diketepikan daripada perlawanan akhir Piala Carabao menentang Chelsea hujung minggu ini.

Ujian imbasan mengesahkan kedua-dua pemain itu berdepan kecederaan dan tidak akan beraksi pada perlawanan akhir Wembley, malah Liverpool juga akan beraksi tanpa Trent Alexander-Arnold.

Dominik Szoboszlai dan Alisson juga mencetuskan keraguan kerana berdepan masalah hamstring sekali gus pastinya menyukarkan pengendali Liverpool, Jurgen Klopp.

Jota dan Jones dikeluarkan pada separuh masa pertama ketika meraih kemenangan 4-1 di Brentford, Sabtu lalu selepas masing-masing mengalami kecederaan lutut dan buku lali.



Liverpool akan menunggu keputusan ujian lanjut untuk mengetahui tempoh pemulihan mereka tetapi ada kebimbangan Jota berdepan kemungkinan diketepikan selama dua bulan kerana kecederaan lutut dialaminya.

Alexander-Arnold tidak boleh turun menentang Chelsea kerana kecederaan ligamen lututnya bertambah buruk manakala penjaga gol Alisson mengalami masalah hamstring ketika latihan Jumaat lalu.

Penyerang, Darwin Nunez menambah kebimbangan Liverpool apabila merungut mengenai isu otot yang menyebabkannya digantikan pada babak pertama di Brentford.

Thiago Alcantara, Stefan Bajcetic, Joel Matip dan Ben Doak turut berehat susulan kecederaan jangka panjang.

Klopp pula berdepan beberapa perlawanan sukar tanpa beberapa tonggak utamanya, menyedari keciciran mata bermakna Arsenal dan Manchester City mampu mengejar mereka dalam perebutan kejuaraan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... klopp-pening-kepala
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.262770 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list