CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8157|Reply: 0

Safawi, Akhyar kena sesuaikan diri

[Copy link]
Post time 20-2-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid (kanan) dan Akhyar Rashid ketika sesi latihan di Pusat Latihan TFC, Gong Badak. NSTP/GHAZALI KORI

KUALA LUMPUR: Perpindahan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid ke Terengganu FC (TFC) menyaksikan mereka meninggalkan fasiliti canggih yang dimiliki kelab gergasi Liga Malaysia (Liga M), Johor Darul Ta'zim (JDT).

Justeru, dua pemain berstatus kebangsaan itu perlu menyesuaikan diri dengan 'rumah' baharu yang pasti berbeza dengan apa yang mereka kecapi termasuk meraih pelbagai kejuaraan selama bertahun-tahun bersama Harimau Selatan.

Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail bagaimanapun berpendapat kemudahan yang dimiliki TFC tidak terlampau jauh berbeza dengan JDT.

"Ia sama seperti dari rumah banglo anda pergi (pindah) ke rumah teres, jadi anda kena sesuaikan diri dengan rumah teres. Sama juga dengan pemain bola sepak, kita kena sesuaikan diri dengan pasukan baharu.



"Tidak dinafikan JDT adalah kelab Malaysia yang memiliki faisiliti terbaik di negara ini, namun di Terengganu mungkin tak jauh sangat bezanya," katanya kepada BH Sukan.

Safawi dan Akhyar menyertai TFC secara pinjaman dari JDT dengan mereka kurang mendapat minit permainan bersama Harimau Selatan.

Meskipun kurang mendapat minit permainan, namun dua pemain itu tetap menjadi pilihan ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon untuk menyarung jersi Harimau Malaya termasuk ketika Piala Asia 2023 baru-baru ini.

Perpindahan ke TFC itu dianggap bakal menjadi tempat buat Safawi dan Akhyar untuk mendapat peluang lebih besar beraksi dalam perlawanan kompetitif, sekali gus meningkatkan prestasi mereka ke tahap lebih baik.

Malah, Jamal juga menganggap perpindahan dua pemain itu ke skuad Penyu sebagai perkara yang positif buat karier mereka terutama dalam usaha mendapatkan lebih minit permainan.

Beliau berkata, minit permainan menjadi aspek paling penting buat pemain bola sepak yang mana ia juga akan memberi impak kepada pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Katanya, Safawi dan Akhyar bagaimanapun tetap tidak boleh berasa selesa dan perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama TFC walaupun mereka berstatus pemain kebangsaan selain datang dari kelab besar.

"Saya tengok perpindahan itu sebagai perkembangan positif, dekat JDT memang mereka tak ada peluang untuk bermain. Kalau setakat (beraksi) lima atau 10 minit, tak berbaloi.

"Ia juga akan memberi nilai tambah kepada pasukan kebangsaan jika mereka dapat lebih minit permainan yang kompetitif. Ia satu perkara baik apabila JDT menghantar pemain yang bagus tapi kurang dapat peluang bermain ke pasukan lain.

"Sudah pasti mereka tidak akan automatik boleh berada dalam kesebelasan utama (TFC). Mereka kena tunjukkan kemahiran dan kebolehan untuk dinilai jurulatih dan setiap jurulatih ada cara mereka tersendiri," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kena-sesuaikan-diri
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.037290 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list