CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8226|Reply: 0

Bayern intai Solskjaer ganti Tuchel

[Copy link]
Post time 20-2-2024 11:23 AM | Show all posts |Read mode

Ole Gunnar Solskjaer tidak bertugas dalam bidang kejurulatihan sejak dipecat Manchester United pada 2021. – Foto AGENSI

MUNICH: Bayern Munich memantau bekas bos Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengurus sementara sekiranya mereka memecat Thomas Tuchel, melurut laporan di Jerman.

Kelab gergasi Bavaria itu mengalami tiga kekalahan berturut-turut yang menyaksikan mereka ketinggalan lapan mata dalam Bundesliga dan berdepan defisit satu gol pada aksi kedua pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Tuchel berdepan banyak kritikan dengan kekalahan 3-2 di Bochum kelmarin meningkatkan lagi tekanan buat bekas bos Chelsea dan Borussia Dortmund itu.

Bos Bayer Leverkusen, Xabi Alonso dikaitkan sebagai pengganti jangka panjang, manakala bekas pengurus Hansi Flick turut digembar-gemburkan tetapi bagi peranan hingga hujung kempen semasa.


Bagaimanapun, menurut Sky Germany, Solskjaer muncul satu lagi nama yang berada dalam radar untuk mengambil alih di Arena Allianz.



Jurulatih Bayern Munich, Thomas Tuchel semakin tertekan selepas kelab gergasi Bavaria itu kalah kali ketiga berturut-turut dalam semua pertandingan. – Foto AFP

Wartawan Florian Plettenberg mendakwa semalam jurulatih berusia 50 tahun itu diintai sebagai pengganti berpotensi, sekalipun pemimpin kelab itu masih berusaha mengekalkan Tuchel pada peringkat ini.

Tidak ada sebarang perjanjian konkrit antara kedua-dua pihak namun pengarah sukan Bayern, Christoph Freund sudah 'mengikuti setiap jejak langkah Solskjaer selama bertahun-tahun.'

Berita itu agak mengejutkan memandangkan pengalaman pengurusan Solskjaer yang kurang, termasuk kegagalannya mengendali bekas kelabnya.

Warga Norway itu tidak bertugas dalam bidang kejurulatihan sejak dipecat di Old Trafford pada 2021 susulan kekalahan 4-1 di tangan Watford yang melengkapkan catatan tujuh kekalahan dalam 13 perlawanan.

Solskjaer kini bertugas sebagai pemerhati teknikal UEFA, menghadiri perlawanan Liga Juara-Juara dan memberikan laporan sepanjang musim ini. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... skjaer-ganti-tuchel
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.040432 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list