CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7733|Reply: 0

Napoli pecat jurulatih sebelum jumpa Barcelona

[Copy link]
Post time 20-2-2024 11:12 AM | Show all posts |Read mode

WALTER Mazzarri dipecat oleh Napoli. FOTO AFP

Milan: Kelab sedang bergelut, Napoli memecat Walter Mazzarri hari ini dan membawa masuk jurulatih Slovakia, Francesco Calzona hanya dua hari sebelum menerima kunjungan Barcelona di pentas Liga Juara-Juara.

Mazzarri yang berusia 62 tahun, muncul pengendali kedua dipecat musim ini oleh juara Itali itu yang sedang bergelut dengan prestasi.

Mazzarri mengambil alih tugas itu pada November tahun lalu selepas Rudi Garcia dipecat tetapi Napoli jatuh ke tangga kesembilan dalam Serie A menjelang aksi pertama pusingan 16 terakhir menentang Barcelona awal pagi Khamis ini di Stadio Diego Armando Maradona.

"Saya berterima kasih kepada Walter Mazzarri, rakan kepada keluarga De Laurentiis dan Napoli, kerana membantu pasukan dalam tempoh yang sukar," kata pemilik Napoli, Aurelio De Laurentiis di X yang sebelum ini dikenali sebagai Twitter.



De Laurentiis mengesahkan bahawa pihaknya melantik Calzona sehingga akhir musim, dan akan bertanggungjawab mengendalikan pasukan apabila bertemu Barcelona.

"Ia sentiasa sukar untuk memecat seorang rakan," kata De Laurentiis dalam temu bual pendek dengan Sky Sport.

"Tetapi kami perlu mempertimbangkan bahawa di Naples anda perlu memberikan penyokong Napoli sesuatu yang lebih. Sekarang kami akan cuba melakukannya dengan Francesco Calzona," katanya lagi.

Calzona membimbing Slovakia ke Euro 2024 tetapi mempunyai tugas berat apabila kembali ke Napoli, di mana dia pernah menjadi pembantu di bawah bimbingan Maurizio Sarri dan semasa musim pertama Luciano Spalletti bersama kelab itu.

Pengendali berusia 55 tahun itu dilaporkan akan mengekalkan tugasnya bersama Slovakia sambil cuba membantu Napoli kembali ke atas kedudukan teratas liga selepas tempoh mengecewakan di bawah bimbingan Mazzarri.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lum-jumpa-barcelona
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.034320 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list