CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7607|Reply: 0

EPL: Bisa Hojlund ceriakan Man. United

[Copy link]
Post time 20-2-2024 11:09 AM | Show all posts |Read mode

HOJLUND (kanan) berjaya meledak gol dalam enam perlawanan berturut-turut termasuk dua jaringan ketika menewaskan Luton awal pagi semalam. – AFP

LUTON – Bintang muda Manchester United, Rasmus Hojlund melakar rekod baharu di Liga Perdana Inggeris apabila muncul pemain termuda menjaringkan gol dalam enam perlawanan berturut-turut.

Terbaharu, pe­nyerang Denmark itu meledak dua gol untuk membantu The Red Devils meraih kemenangan 2-1 ke atas Luton Town di Stadium Kenilworth Road awal pagi semalam.

Bagaimanapun, sepanjang perlawanan itu, pengendali Uni­ted, Erik Ten Hag sering dihimpit kecewa kerana anak-anak buah­nya mempersiakan begitu ba­nyak peluang terbaik khususnya menerusi Alejandro Garnacho dan Bruno Fernandes.

“Kami merekrutnya (Hojlund) selepas mengambil kira karakternya dan saya tahu dia adalah pemain yang berbakat. Dia mampu beraksi baik dalam situasi tertekan dan itulah yang kami perlukan daripada ­seorang penyerang.

“Dia langsung tidak gementar dan saya cukup yakin dia pasti akan menjaringkan lebih banyak gol ­selepas ini,” katanya.

Pada usia 21 tahun 14 hari, Hoj­lund mengatasi rekod pemain tengah Newcastle United, Joe Willock yang melakukannya ketika berumur 21 tahun 272 hari.

Kemenangan itu memastikan United semakin menghampiri kedudukan kelima terbaik yang menawarkan slot ke pentas Eropah musim depan.

“Saya perlu berterima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih kerana memberikan keyakinan kepada saya. Saya tahu mampu menjaringkan gol dan sudah pasti perasaan agak menjengkelkan jika saya gagal melakukannya,” kata Hojlund.

Ketika ini, United yang me­ngutip 44 mata hanya dipisahkan tiga mata berbanding Tottenham Hotspur di tangga kelima dan kurang lima mata dengan Aston Villa di tempat keempat. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... eriakan-man-united/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.035529 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list