CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8341|Reply: 0

Cools ledak gol sulung bersama Buriram

[Copy link]
Post time 19-2-2024 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Aksi Cools selepas menjaringkan gol buat Buriram United ketika menewaskan Trat FC. - Foto ihsan Buriram United

KUALA LUMPUR: Tonggak pertahanan Harimau Malaysia, Dion Cools membuka akaun gol dalam saingan Liga 1 Thai apabila menyumbang satu jaringan buat Buriram United ketika menentang Trat FC, semalam.

Cools yang diberi peranan sebagai pemain sayap dalam perlawanan itu meledak gol pertama perlawanan seawal minit keempat dengan Buriram United meraih kemenangan 4-3 dalam aksi di Stadium Trat Provincial.

Ia menjadi gol pertama Cools selepas beraksi dalam 18 perlawanan sejak menyertai pasukan Buriram pada Januari tahun lalu dengan skuad itu ketika ini sedang mendahului Liga 1 Thai.

Buriram United yang sudah mengharungi 18 aksi musim ini mengumpul 39 mata, satu mata di depan pencabar terdekat Bangkok United yang masih kurang satu perlawanan.



Cools adalah tonggak penting Harimau Malaya dalam saingan Piala Asia 2023 apabila diturunkan dalam semua aksi peringkat kumpulan menentang Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

Pemain berdarah kacukan Belgium-Malaysia itu diberikan peranan sebagai kapten ketika Harimau Malaya mengikat pasukan ranking ranking ke-22 dunia, Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir Kumpulan E, 25 Januari lalu.

Harimau Malaya akan berdepan Oman dalam aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan Malaysia akan berkunjung ke Muscat, Oman pada 22 Mac ini sebelum melayan kunjungan skuad Red Demons di Kuala Lumpur, empat hari kemudian.

Justeru, aksi cemerlang Cools bersama Buriram United dijangka mampu memberikan impak terbaik buat Harimau Malaya bagi menghadapi tugas getir dalam kempen kelayakan.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ung-bersama-buriram
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.043276 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list