CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6582|Reply: 0

Hojlund lakar sejarah EPL

[Copy link]
Post time 19-2-2024 11:34 AM | Show all posts |Read mode

RASMUS Hojlund ketika menjaringkan gol pertama United. FOTO REUTERS

Luton: Rasmus Hojlund mencipta sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila dua gol penyerang Manchester United itu memastikan pasukannya mengatasi Luton 2-1, awal pagi tadi.

Hojlund muncul pemain termuda yang menjaringkan gol dalam enam perlawanan Liga Perdana berturut-turut selepas meledak dua gol dalam tempoh tujuh minit pertama di Kenilworth Road.

Pada usia 21 tahun 14 hari, Hojlund mengatasi rekod pemain tengah Newcastle, Joe Willock yang sebelum ini melakar rekod ketika berusia 21 tahun 272 hari.

Ruud van Nistelrooy menjaringkan gol dalam 10 perlawanan berturut-turut di liga utama untuk United pada 2003 sebelum pemain Leicester, Jamie Vardy menewaskan rekodnya itu selepas meledak gol dalam 11 perlawanan berturut-turut pada 2015.



Selepas gagal menjaringkan gol dalam 14 penampilan pertamanya di Liga Perdana sejak berhijrah dari Atalanta Ogos lalu, Hojlund sudah menjaringkan lapan gol dalam lapan perlawanan terakhirnya di semua pertandingan.

Dua golnya awal sumbangannya itu sepatutnya meletakkan United dalam situasi selesa, tetapi Luton membalas menerusi gol Carlton Morris minit ke-14 untuk mengurangkan defisit jaringan.

Skuad kendalian Erik ten Hag mensia-siakan beberapa peluang terbaik untuk mematikan langkah Luton yang menduduki tempat keempat terbawah liga namun ia tidak menghasilkan gol.

"Kami membentuknya (Hojlund) berdasarkan kepada wataknya kerana saya tahu dia seorang yang bagus.

"Dia benar-benar boleh beraksi di bawah tekanan dan itu adalah sesuatu yang anda perlukan daripada penyerang Man United.

"Dia tidak gementar atau hilang keyakinan. Dia mempunyai keyakinan yang tinggi dan saya pasti dia akan menjaringkan lebih banyak gol," kata pengendali United, Erik ten Hag.

Sementara itu Hojlund berkata: "Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih kerana mereka meletakkan keyakinan yang tinggi dan terus mempercayai saya.

"Saya juga tahu bahawa saya boleh menjaringkan gol tetapi sudah tentu agak mengecewakan jika saya tidak menjaringkan gol di Liga Perdana."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... nd-lakar-sejarah-ep
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.034896 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list