CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6145|Reply: 0

Negeri Sembilan teliti kesesuaian rumput di STAR

[Copy link]
Post time 18-2-2024 06:00 PM | Show all posts |Read mode

Mustapha Nagoor (tengah) bersama pasukan yang memenangi pertandingan dalam Kejohanan Sukan Negeri Sembilan 2024 di Paroi, hari ini. - Foto Mohd Amin Jalil.

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan meneliti jenis rumput yang sesuai untuk ditanam bagi menggantikan rumput sedia ada di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR), Paroi, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Mustapha Nagoor berkata, kesesuaian jenis rumput yang akan ditanam itu penting bagi memastikan ia menepati keperluan dan suasana stadium itu sendiri.

Katanya, walaupun kerajaan negeri sebelum ini sudah menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran geran RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi tujuan penukaran rumput, namun ia akan diteliti dari segi kesesuaian sepenuhnya.

"Penukaran rumput jenis Zeon Zoysia ini mengambil kira suasana stadium itu, iaitu dari segi pencahayaan, pengudaraan dan sebagainya.



"Jika kita tukar serta merta dikhuatiri akan memberi kesan dan merugikan. Fokus kita pada fasa pertama ini adalah memperbaiki dan meningkatkan sistem perparitan di stadium itu terlebih dulu.

"Pertukaran rumput sama ada jenis Zeon Zoysia atau Bermuda dan Cowgrass yang digunakan ketika ini akan membabitkan fasa kedua selepas diteliti oleh pakar yang akan melihat kepada kesesuaiannya," katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Sukan Negeri Sembilan 2024, di Pusat Sukan Paroi, di sini, hari ini.

Sebelum ini, KBS mengumumkan peruntukan geran sebanyak RM500,000 kepada negeri untuk menaik taraf sistem saliran dan penukaran rumput di stadium yang terbabit dalam Liga Malaysia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... aian-rumput-di-star
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.034323 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list