CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8102|Reply: 0

Arif Aiman dijangka 'meletup' lagi

[Copy link]
Post time 18-2-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode

Arif Aiman ada potensi terus jadi bintang dan aset utama Harimau Malaya.

KUALA LUMPUR: Pemain muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi jelas mengharungi musim terbaiknya pada tahun lalu sekali gus meletakkan petanda aras yang tinggi terhadap prestasinya bagi musim ini.

Pemain sayap lincah itu beraksi cemerlang meledak 19 gol dan mencatat 14 bantuan gol dalam saingan domestik musim lalu bagi membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) 'menyapu bersih' empat trofi dan muncul pemain tempatan paling menyerlah.

Bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar melihat pemain berusia 22 tahun itu akan lebih 'meletup' pada musim depan dan meneruskan potensinya sebagai pemain paling bernilai dalam kancah domestik.

"Saya rasa dia akan jadi semakin baik kerana kita lihat saingan di Piala Asia sudah mematangkan dia. Walaupun masih muda, dia sudah beraksi di pentas sebesar itu.



"Memang dia agak gugup pada perlawanan pertama tetapi selepas itu, dia berjaya meningkatkan prestasi. Dia seorang yang berani dan suka belajar, cepat mengambil ilmu sebagai satu perkara untuk terus memperbaiki dirinya.

"Jadi, dia memang ada potensi untuk terus menjadi bintang dan aset utama skuad Harimau Malaya. Bagi alet sukan, kita boleh mencapai sesuatu tahap prestasi itu tetap untuk mengekalkannya, itu yang susah," kata Azlan.

Bagaimanapun, Azlan mengharapkan Arif tidak cepat berpuas hati dengan apa yang ada padanya dan sentiasa berusaha keras untuk terus meningkatkan kualiti permainannya.

"Sudah tentu sebagai seorang pemain, kita sangat memerlukan pertolongan jurulatih. Rajin-rajinkan dengar kata-kata jurulatih dan jangan ingat kita sudah bagus.

"Saya nasihatkan pada Arif supaya terus berusaha mencari seberapa banyak ilmu bola sepak. Jaga kesihatan dan berehat dengan bijak.

"Selain itu, saya juga akan gembira jika dia dapat beraksi di peringkat yang lebih tinggi. Semoga pasukannya dapat memberi galakan untuk dia beraksi di luar jika ada tawaran supaya dia dapat menikmati liga lebih besar," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... jangka-meletup-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.072669 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list