CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6561|Reply: 0

Alonso calon terbaik Liverpool – Klopp

[Copy link]
Post time 18-2-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

ALONSO (tengah) mendapat pujian tinggi selepas cemerlang mengemudi Leverkusen menghuni tangga teratas Bundesliga ketika ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp seolah-olah memberi gambaran bahawa jurulatih Bayer Leverkusen, Xabi Alonso sebagai calon berpotensi untuk mengambil alih tempatnya selaku pe­ngendali The Reds.

Jurulatih dari Jerman itu melabelkan Alonso sebagai salah seorang pengendali terbaik apabila berjaya mengemudi Leverkusen dari kedudukan dua tercorot ke persada Bundesliga dalam tempoh 16 bulan sahaja.

Meskipun tidak terlibat dalam pencarian pengurus baharu, namun pujian Klopp terhadap Alonso seolah-olah menggambarkan bekas pemain Real Madrid dan Liverpool itu adalah calon tepat untuk membimbing pasukan tersebut.

“Xabi (Alonso) sudah melakukan tugas yang sangat baik dan tidak pelik jika namanya turut menjadi spekulasi. Generasi baharu sudah ada di sini dan saya fikir Xabi merupakan antara jurulatih terbaik ketika ini.

“Beliau merupakan bekas pemain berkelas dunia selain berada dalam keluarga yang berada di bidang kejurulatihan. Corak permainan serta percaturannya dalam jendela perpindahan sangat menakjubkan,” ­katanya.

Klopp yang pernah membim­bing Borussia Dortmund dalam Bundesliga mengakui tidak pernah melihat mana-mana pasukan mampu bermain lebih baik berbanding Bayern Munich ­seperti ditunjukkan Leverkusen musim ini.

“Saya berada dalam Bundesliga untuk tempoh yang cukup lama dan tidak pernah ada pasukan lebih baik berbanding Bayern. Ini adalah kali pertama ia dapat disaksikan walaupun Leverkusen boleh dianggap sebagai pasukan yang masih muda,” ujarnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ik-liverpool-klopp/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.111402 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list