CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9573|Reply: 0

Saya hormati perjanjian itu - Pawi

[Copy link]
Post time 17-2-2024 12:42 PM | Show all posts |Read mode

Pemain baharu Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid memulakan sesi latihan di Pusat Latihan TFC, Gong Badak. NSTP/GHAZALI KORI

KUALA TERENGGANU: Sekalipun tidak dapat beraksi menentang bekas pasukannya, Johor Darul Ta'zim (JDT) kerana terikat dengan 'gentlemen's agreement' (perjanjian budiman), Safawi Rasid tetap menghormati perjanjian itu.

Jelas tonggak baharu Terengganu FC (TFC) berusia 27 tahun itu, perjanjian budiman antara kedua-dua pihak pengurusan itu perlu dipatuhi dan diterima dengan hati yang terbuka.

"Jadi, sebagai pemain perlu menghormati keputusan itu sebagaimana yang terkandung dalam kontrak," kata pemain sayap itu ketika ditemui pada sesi latihan di Pusat Latihan TFC, Gong Badak kelmarin.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas memaklumkan dua tonggak JDT iaitu Safawi dan Akhyar Rashid yang menyarung jersi skuad itu selama semusim tidak dapat beraksi menentang bekas pasukannya itu kerana berstatus sebagai pemain pinjaman.



Dalam pada itu pemain yang lebih mesra dipanggil 'Pawi' itu menyasarkan sekurang-kurangnya satu trofi kejuaraan pada musim pertamanya bersama pasukan negeri kelahirannya itu.

Pemain kebangsaan itu juga mahu meletakkan skuad Penyu antara kelab yang terbaik dalam kancah Liga M pada musim ini biarpun sedar laluan tetap berliku kerana pasukan lain juga turut mengidam status yang sama.

"Saya gembira kerana bakal beraksi bersama pasukan kelahiran, kami akan berikan yang terbaik untuk meningkatkan lagi pencapaian TFC agar lebih baik berbanding musim lalu," kata Safawi.
https://www.bharian.com.my/sukan ... perjanjian-itu-pawi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.132100 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list