CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6736|Reply: 0

Hojlund pemain berbakat besar - Maguire

[Copy link]
Post time 15-2-2024 02:00 PM | Show all posts |Read mode

Harry Maguire (kanan) berkata dia dan Manchester United yakin Rasmus Hojlund (kiri) akan mencapai prestasi terbaiknya. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Harry Maguire berkata dia dan Manchester United yakin Rasmus Hojlund akan mencapai prestasi terbaiknya selepas perpindahan dari Atalanta ke Old Trafford pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Pemain Denmark itu bergelut di hadapan gol pada permulaan musim dan terpaksa menunggu hingga Disember untuk menjaringkan gol Liga Perdana Inggeris pertamanya ketika menentang Aston Villa.

Namun sejak membuka jaringan di liga tertinggi Inggeris, pemain 21 tahun itu mula menunjukkan ketajamannya - meledak lima gol dalam lima perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris.

Hojlund sudah meledak 11 gol dalam semua pertandingan dan Erik ten Hag berharap bekas bintang Serie A itu akan membantu kelab memburu tempat dalam saingan tertinggi Eropah musim depan.



Bagi bekas kapten, Maguire, ketajaman Hojlund tidak mengejutkannya kerana ketika latihan penyerang itu sentiasa menunjukkan bakatnya yang luar biasa.

"Kami sudah melihat bakatnya dan kini ia mula diterjemahkan di hadapan gol. Kami sentiasa tahu yang ia akan tiba kerana dia mempunyai bakat yang luar biasa.

"Dia akan menjadi pemain hebat untuk kelab ini. Saya pasti dia akan terus menjaringkan gol dan lebih banyak lagi akan terhasil.

"Sebagai pemain senior anda lihat pemain-pemain muda datang dan pergi - ramai yang tidak menyedari usia sebenarnya - tetapi dia mempunyai tanggungjawab penting sebagai penyerang utama Man United.

"Dia terpaksa bermain di setiap perlawanan kerana masalah kecederaan dalam pasukan tetapi dia gigih berlatih dan kami yakin dengan bakatnya, dia akan berjaya di kelab ini," kata Maguire. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... bakat-besar-maguire
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:19 AM GMT+8 , Processed in 0.031683 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list