|
Anggota JPJ melakukan pemeriksaan di Terminal Satu, Seremban, di sini, sempena Kempen Keselamatan Jalan Raya sambutan Tahun Baharu Cina. - Foto JPJ
SEREMBAN: Ops Penyamaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengenakan saman terhadap 24 pemandu bas eskpres yang dikesan mengabaikan keselamatan penumpang masing-masing.
Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata,
menerusi Ops Penyamaran sempena sambutan Tahun Baru Cina bermula 1 Februari lalu hingga kelmarin, pihaknya mengesan pemandu bas ekspres itu melakukan 64 kesalahan.
Beliau berkata, antara kesalahan dilakukan termasuk memandu di lorong kanan (12 saman) dan tiada pemandu kedua atau memandu secara berterusan bagi perjalanan melebihi 300 kilometer (km) atau perjalanan selama empat jam secara berterusan (tujuh saman).
"Selain itu, kesalahan pemandu yang merokok (dua saman), tidak selenggara buku log (sembilan saman), abai isyarat lalu lintas (tujuh sama) dan lain-lain kesalahan (27 saman)," katanya, ketika dihubungi, hari ini.
Hanif berkata, menerusi operasi setiap kali musim perayaan, anggota jabatan itu akan menyamar sebagai penumpang bas bagi perjalanan ke seluruh negara untuk mengambil tindakan terhadap pemandu bas eskpres yang meletakkan nyawa penumpang di hujung tanduk.
"Teknik penyamaran sebagai penumpang bas dilihat sangat efektif dalam mengesan kesalahan yang dilakukan pemandu, selain menasihati mereka tidak mengabaikan keselamatan penumpang, namun masih ada yang berdegil.
"Setiap peraturan yang ditetapkan bertujuan untuk menjaga keselamatan penumpang dan pemandu itu sendiri termasuk penggun jalan raya lain. Pengabaian peraturan ini merisikokam nyawa penumpang," katanya.
Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pemandu dan pemilik bas yang tidak mematuhi peraturan Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta Kaedah-kaedah di bawahnya dan Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
https://www.bharian.com.my/berit ... bas-ekspres-disaman |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|