CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6781|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Penuntut IPT didakwa rogol adik kandung

[Copy link]
Post time 15-2-2024 11:16 AM | Show all posts |Read mode

PENUNTUT IPT dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan haram terhadap adik kandung perempuan, tiga tahun lalu. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Penuntut institut pengajian tinggi (IPT) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan melakukan persetubuhan haram terhadap adik kandung perempuan yang berusia 12 tahun, tiga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 22 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Datin Surita Budin selepas kertas pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan berasingan, tertuduh melakukan sumbang mahram dengan adik kandung perempuannya berusia 12 tahun lapan bulan ketika kejadian yang mana perhubungan tertuduh dengannya adalah tidak dibenarkan di bawah undang-undang.

Kesalahan itu dilakukan pada Januari dan Mac 2021 di sebuah rumah di Sikamat, Seremban.



Berikutan itu tertuduh melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak 2017.

Sabit kesalahan mengikut Seksyen 376B(1) Kanun Keseksaan boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan sebat.

Bagi kesalahan di bawah Seksyen 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan sebat tidak kurang daripada dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh tidak menawarkan jaminan memandangkan hubungan mangsa dan tertuduh adalah adik-beradik dan tinggal serumah.

Bagaimanapun, peguam, Haresh Mahadevan dan Ramzani Idris memohon jaminan paling minimum dengan alasan tertuduh kini sedang menuntut di peringkat diploma di sebuah IPT dan sedang menjalani latihan praktikal di Johor.

Menurutnya, tertuduh juga memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan dan sedia menerima syarat tambahan.

Mahkamah menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh supaya tinggal di rumah lain serta tidak dibenarkan mengganggu mangsa.

Sebutan semula kes 18 Mac ini bagi keputusan penuh perubatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rogol-adik-kandung

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.069551 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list