CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12553|Reply: 0

Harimau Malaya miliki ramai 'kuda tua' tiga tahun lagi

[Copy link]
Post time 14-2-2024 05:02 PM | Show all posts |Read mode

Darren Lok, Shahrul Saad, Paulo Josue dan Daniel Ting.

KUALA LUMPUR: Selepas berakhirnya kempen Piala Asia 2023, Malaysia kini memburu slot untuk mara ke pusingan akhir Piala Asia buat kali berturut-turut bagi edisi 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Ketika ini, skuad bimbingan Kim Pan Gon berada pada laluan yang cerah untuk berentap di Piala Asia 2027 apabila mengungguli Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 dengan dua tempat teratas akan mara secara merit ke Piala Asia 2027.

Bagaimanapun, timbul kerisauan dengan kelompok pemain seterusnya yang akan membawa cabaran negara, tiga tahun lagi terutama selepas memikirkan beberapa tonggak di Piala Asia 2023 boleh dianggap terlampau senior untuk dipanggil pada pentas seterusnya.

Antara pemain terbabit yang dilihat sudah berusia pada 2027 nanti adalah Shahrul Saad (34), Daniel Ting (35), Junior Eldstal, Darren Lok dan La Vere Corbin Ong (36), Paulo Josue (38) dan Brendan Gan (39).



Sudah tentu faktor usia tidak menjadi masalah jika mereka masih cergas apatah lagi skuad negara memerlukan pengalaman mereka namun sudah tentu kudrat mereka tidak seperti ketika mereka masih berada pada 'usia emasnya'.

Justeru, cabaran pemegang taruh bola sepak adalah menyiapkan kelompok pemain yang bersedia untuk menggalas tanggungjawab bersama skuad senior dengan Pengarah Teknikal FAM, Scott O'Donnell percaya bakat muda negara mampu menyempurnakan misi terbabit.

"Sudah tentu kita sekali lagi mahu menikmati pengalaman beraksi di Piala Asia. Kita juga mahu ke Piala Dunia tetapi untuk berbuat demikian, kita harus sentiasa melayakkan diri ke pertandingan Asia.

"Saya rasa kelompok pemain seterusnya (skuad B-23) terdiri dalam kalangan pemain yang bagus jadi mereka kena yakinkan Pan Gon bahawa mereka layak bermain bersama skuad senior.

"Jadi bergantung kepada pemain ini untuk menunjukkan prestasi yang terbaik dalam Liga Super, beraksi sekerap mungkin supaya dapat dipanggil nanti.

"Kita mahu layak lagi ke Piala Asia 2027," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... tua-tiga-tahun-lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.033907 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list