CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4617|Reply: 0

[Johor] 65 warga asing diberkas bekerja tanpa permit, tinggal lebih masa

[Copy link]
Post time 14-2-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA warga asing yang ditahan JIM Johor dalam serbuan di Johor Bahru dan Mersing antara kelmarin sehingga semalam.

JOHOR BAHRU – Tindakan 65 individu warga asing pelbagai negara bekerja tanpa permit yang sah serta degil tinggal lebih masa di negara ini mengundang padah apabila mereka ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam serbuan yang dilakukan Isnin lalu dan semalam.

Pengarah JIM Johor, Baharuddin Tahir berkata, pihaknya menjalankan serbuan ke atas 28 premis di Johor Bahru dan dua premis di Mersing.

Katanya, operasi itu dijalankan susulan aduan awam yang memaklumkan terdapat beberapa warga asing yang tinggal atau bekerja tanpa permit yang sah di premis tersebut.

“Dalam kedua-dus operasi di dua daerah tersebut seramai 147 orang warga asing serta tempatan telah diperiksa dan 65 daripada mereka telah ditahan.

“Kesemua mereka yang ditahan adalah 30 lelaki Bangladesh, 15 lelaki dan tiga wanita Indonesia, enam lelaki dan satu wanita India, lima lelaki Pakistan, seorang wanita Thailand, seorang wanita Kemboja, seorang lelaki Myanmar, seorang lelaki warga Nepal dan seorang lelaki warga Yaman.

“Mereka yang ditahan berusia 20 hingga 49 tahun,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baharuddin berkata, kesemua mereka dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia.

Selain itu, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas yang ditetapkan.

Dalam pada itu, ujarnya, seorang warga Bangladesh berusia 41 tahun dipercayai pengurus premis telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B kerana mengambil pekerja satu atau lebih warga asing yang tidak memiliki pas yang sah.

Tambahnya, sebanyak 11 notis hadir ke pejabat dikeluarkan kepada individu-individu dalam operasi tersebut bagi membantu siasatan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... tinggal-lebih-masa/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ramai pembeli komplen, jeruk keluaran Aliff Syukri berlendir basi
maklukpenggodaRamai pembeli komplen, jeruk keluaran Al
Views : 30961 Replies : 72
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26162 Replies : 10
Isteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
RalineIsteri Hafidz Roshdi dah selamat beranak
Views : 21087 Replies : 82
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 161037 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:59 AM GMT+8 , Processed in 0.037392 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list