CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6794|Reply: 0

Pan-gon, Torres ada 'power' ambil pemain kacukan

[Copy link]
Post time 14-2-2024 01:00 PM | Show all posts |Read mode

KIM Pan-gon. FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM

Kuala Lumpur: Lambakan pemain kacukan Malaysia yang beraksi di luar negara mendapat perhatian Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila badan induk bola sepak negara itu memantau sekurang-kurangnya tiga individu untuk diserapkan dalam skuad kebangsaan.

Namun, semua pemain kacukan dalam pemantauan FAM itu hanya akan dipanggil sekiranya mendapat 'izin' daripada pengendali skuad Harimau Malaya Kim Pan-gon dan jurulatih pasukan bawah 23 tahun (B-23) negara Juan Torres Garrido.

Menurut Setiausaha Agung FAM Datuk Noor Azman Rahman, pihaknya mengalukan kehadiran pemain kacukan selain turut menghargai maklum balas membabitkan individu terbabit sejak kebelakangan ini.

"Kita memang kenal pasti dan alukan jika ada maklumbalas berkaitan pemain kacukan di luar negara.



"Namun, semuanya bergantung kepada Pan-gon dan Torres untuk memilih mereka. Kita sudah bagi tiga atau empat pemain untuk dinilai," katanya.

Terdahulu, Arena Metro melaporkan sekurang-kurangnya 20 pemain kacukan yang layak beraksi untuk skuad kebangsaan kini berada di luar negara.

Hal ini kerana, selepas pasukan negara layak ke Piala Asia, terdapat lambakan pemain yang dilaporkan memiliki kaitan dengan Malaysia sekaligus boleh dipanggil bagi memperkuatkan pasukan negara.

Terima kasih kepada laman pencari bakat, frfuturetalents yang berjaya mengesan lambakan kelompok pemain itu sekali gus memudahkan kerja FAM untuk memantau mereka bagi menyertai skuad kebangsaan.

Antara yang menjadi perhatian ialah Ferdy Druijf dimana beliau ketika ini beraksi bersama kelab Eredivisie Belanda, PEC Zwolle secara pinjaman dari kelab Austria, SK Rapid. Tinjauan di laman Instagram miliknya menunjukkan Druijf sudah mengikuti laman FAM.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mbil-pemain-kacukan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.034985 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list