CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18754|Reply: 0

[Sabah] Peserta FCKL dakwa syarikat pelaksana gagal siapkan projek

[Copy link]
Post time 13-2-2024 11:33 PM | Show all posts |Read mode


LAPORAN: Abd Fitir (tengah) bersama peserta FCKL lain menunjukkan laporan polis yang telah dibuat.

TAWAU: Peserta program Ferti-Chilipreneur Komuniti Lestari (FCKL) di sini, tampil membuat laporan polis selepas mendakwa syarikat pelaksana yang dilantik gagal menyiapkan projek berkenaan.

Kira-kira 50 peserta terbabit membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, hari ini selepas mendakwa syarikat berkenaan gagal membayar tunggakan elaun mereka sejak tiga bulan lalu.

Jurucakap kumpulan peserta itu, Abd Fitir Tahir, 44, berkata selepas tujuh bulan menyertai program itu, syarikat berkenaan bukan sahaja gagal menyiapkan ladang malah kemudahan infrastruktur seperti kabin peserta juga tidak mematuhi aspek keselamatan.

Katanya, selain isu tunggakan elaun, seramai 39 peserta juga telah diberhentikan atau ditamatkan secara serta merta tanpa sebarang pertimbangan atau alasan yang munasabah.

“Kegagalan syarikat berkenaan melunaskan tunggakan elaun peserta berjumlah RM1,200 sebulan menyebabkan hampir 60 peratus daripada mereka tidak dapat memberi komitmen kepada program ini.

“Ia berikutan kekangan kewangan memandangkan ada peserta yang datang dari luar daerah seperti Lahad Datu, Semporna, Kunak dan Kalabakan,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis, hari ini.

Menurutnya, sehingga hari ini, syarikat berkenaan hanya mampu menyiapkan ladang seluas empat ekar jauh daripada sasaran program iaitu 60 ekar walaupun telah menerima dana berjumlah RM4.6 juta.

Seorang lagi peserta, Nofian Sali, 49, yang juga pesara guru mendakwa tujuan laporan polis dibuat bagi menuntut hak peserta yang disifatkannya sebagai teraniaya akibat tindakan tidak bertanggungjawab pihak pelaksana projek berkenaan.

“Kami berharap agensi berkaitan terutamanya Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dapat menyelesaikan isu ini kerana kami mahu program (FCKL) berjaya dicapai dan direalisasikan," katanya.

Bagi Norfarahin Aminuddin, 23, graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) Kampus Bintulu Sarawak, berkata dia memohon menyertai program itu dengan harapan dapat menjana pendapatan selain menambah ilmu dalam bidang pertanian selepas memperolehi Diploma dalam Perladangan Makanan.

“Malangnya, sepanjang mengikuti program ini, tiada tenaga pengajar disediakan atau proses pembelajaran malah apa yang dijanjikan juga gagal tunaikan,” katanya.

Terdahulu, Program FCKL berkonsepkan pertanian pintar dalam tanaman fertigasi cili dan dilaksanakan di tanah seluas 100 ekar milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Tawau di Balung.

Ia melibatkan 120 peserta pelbagai peringkat umur termasuk dari golongan B40, pesara, dan siswazah menganggur.

Projek cili itu dilancarkan secara rasmi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor pada 6 September 2022 dan dijangka boleh mencapai pengeluaran sebanyak 672 tan setahun.

Hasil jualan sekitar RM3.2 juta dalam tempoh dua hingga tiga tuaian setahun selain menjamin pendapatan purata minimum sebanyak RM2,300 sebulan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052066 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list