CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11831|Reply: 0

Skuad bola sepak Brazil gagal ke Olimpik

[Copy link]
Post time 13-2-2024 05:42 PM | Show all posts |Read mode

REAKSI Gondou selepas menembusi gawang Brazil. FOTO AFP

Caracas: Hasrat Brazil untuk meraih pingat emas bola sepak ketiga berturut-turut musnah apabila gagal layak ke Paris 2024 selepas tewas di tangan musuh ketat Argentina dalam kejohanan kelayakan pra Olimpik Conmebol di Venezuela.

Selepas tewas 0-1 kepada Paraguay dan menewaskan Venezuela 2-1, Brazil perlukan kemenangan ke atas Argentina dalam aksi terakhir peringkat kumpulan tetapi sebaliknya jaringan kemenangan Luciano Gondou menyaksikan Argentina menang 1-0.

Keputusan itu membolehkan Argentina menduduki tangga kedua dalam kumpulan yang mengandungi empat pasukan dan menyertai Paraguay ke Olimpik Paris.

"Mengecewakan tetapi ia lebih daripada memalukan," kata penyerang John Kennedy selepas kekalahan itu. "Kami sepatutnya menang lebih daripada segalanya-galanya."



12 pasukan sudah pun layak ke Olimpik yang akan bermula 24 Julai dan berakhir 9 Ogos. Negara terbabit ialah Perancis, Amerika Syarikat, Republik Dominica, Sepanyol, Israel, Ukraine, Maghribi, Mesir, Mali, New Zealand, Paraguay dan Argentina.

Empat lagi slot diisi dengan sekurang-kurangnya tiga pasukan dari Asia yang bakal layak berdasarkan prestasi mereka di Piala Asia B-23 pada April dan Mei.

Slot terakhir diberikan kepada pemenang di antara Guinea dan pasukan di tangga keempat Piala Asia B-23.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... il-gagal-ke-olimpik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.039448 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list