CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11875|Reply: 0

Piala AFC: Sabah FC terlepas slot final zon Asia Tenggara

[Copy link]
Post time 13-2-2024 05:37 PM | Show all posts |Read mode

Darren Lok antara sandaran Sabah FC pada perlawanan bertemu Macathur FC sebentar tadi. - Foto ihsan Sabah FC

PETALING JAYA – Misi pasukan Sabah FC untuk melangkah jauh pada kempen Piala AFC musim ini tidak kesampaian selepas tewas 0-3 kepada wakil Australia, Macathur FC pada aksi separuh akhir zon Asia Tenggara sebentar tadi.

Pada perlawanan di Stadium Campbelltown, New South Wales itu, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee membariskan kesebelasan terbaik dengan kehadiran tonggak kebangsaan seperti Darren Lok, Daniel Ting dan Stuart Wilkin.

Namun, skuad tuan rumah dilihat lebih banyak mendominasi sebahagian besar babak pertama sebelum membuka tirai jaringan menerusi penyudah Ulises Davila pada minit ke-40.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad Sabah berusaha untuk bangkit pada babak kedua tetapi dikejutkan dengan gol awal apabila Jed Drew melebarkan kelebihan seminit selepas perlawanan bersambung semula.

Pasukan Macathur terus garang apabila Drew sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila bijak menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-80 dengan keputusan 3-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Kemenangan tersebut menyaksikan Macathur mara ke peringkat final zon Asia Tenggara yang dijadualkan berlangsung pada 22 Februari depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -zon-asia-tenggara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.066794 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list