CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8310|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Mangsa kebakaran Flat Sri Sabah dapat rumah sementara

[Copy link]
Post time 13-2-2024 12:07 PM | Show all posts |Read mode

Dr Zaliha bersama Noraini, Dr Wan Azizah dan Kamarulzaman beramah mesra dengan mangsa kebakaran Flat Sri Sabah di Pusat Penempatan Sementara Sekolah Kebangsaan Seri Cheras, Cheras di sini, hari ini. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan rumah sementara atau transit kepada 16 mangsa membabitkan lima keluarga yang terbabit dalam kejadian kebakaran di Blok 70 Flat Sri Sabah, malam Ahad lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata semua mangsa akan dibenarkan menduduki rumah itu yang terletak di Flat Sri Johor mulai Khamis ini.

Beliau berkata, bagi mangsa yang memiliki rumah sendiri, mereka dibenarkan tinggal di rumah sementara itu untuk tempoh enam bulan, manakala yang menyewa dibenarkan tinggal di rumah terbabit sehingga tiga tahun.

"DBKL akan membaik pulih bahagian luar rumah yang terbabit dalam kebakaran, manakala bahagian dalam (rumah) pula adalah tanggungjawab pembeli," katanya.



Beliau berkata demikian selepas melawat dan menyerahkan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Cheras, Cheras hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh; Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur, Muhammad Salleh Abdul; Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.

Zaliha berkata, setiap keluarga yang terbabit turut menerima sumbangan tunai RM7,300.

Katanya, sumbangan itu termasuk RM5,000 daripada Jabatan Wilayah Persekutuan, manakala DBKL dan Pejabat Ahli Parlimen Bandar Tun Razak masing-masing RM1,000 serta RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Selain itu, kita juga berikan bantuan keperluan harian seperti ubat gigi, sabun, tuala, tuala wanita, kain batik, periuk nasi dan sebagainya kepada semua mangsa," katanya.

Sementara itu, Wan Azizah mengesyorkan supaya orang ramai diberikan kesedaran atau pengetahuan penggunaan pili bomba bagi memudahkan penggunaan peralatan itu jika berlaku kebakaran.

Ini kerana, katanya, ada aduan daripada orang ramai mengatakan peralatan sedemikian tidak dapat digunakan jika berlaku kecemasan.

"Sebenarnya bukan peralatan yang rosak, tetapi kerana cara digunakan salah menyebabkan ia tidak dapat digunakan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... pat-rumah-sementara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-5-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.640370 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list