CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27229|Reply: 0

[Sarawak] APMM tahan bot tunda, tongkang atas pelbagai kesalahan di Tanjung Manis

[Copy link]
Post time 12-2-2024 09:31 PM | Show all posts |Read mode


Bot tunda bersama tongkang yang ditahan oleh Zon Maritim Tanjung Manis pada Sabtu. - Gambar APMM

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menerusi Zon Maritim Tanjung Manis telah menahan sebuah bot tunda bersama tongkang apabila disyaki melakukan beberapa kesalahan pada Sabtu.

Pengarah Zon Maritim Tanjung Manis Komander Maritim Gilbert Tinggak Numpang berkata, ia didapati gagal mengemukakan sijil pendaftaran vesel, beroperasi tanpa memiliki lesen perkapalan domestik sah, gagal mengemukakan sijil penguntukan radas serta gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan.
  
"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat seorang master dan seorang kru warga tempatan, serta dua kru warga Indonesia dalam lingkungan umur 28 hingga 62 tahun berada di atas kedua-dua aset laut berkenaan.

"Kesemua aset bersama kru ditahan seterusnya dibawa ke jeti Terminal Tanjung Manis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Ordinan Perkapalan (MSO) 1952, Akta Kastam 1967 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Semua komuniti maritim diingatkan agar mematuhi segala peraturan serta undang-undang ketika melakukan aktiviti di laut dan sebarang maklumat, aduan serta insiden kecemasan di laut boleh melaporkannya ke talian MERS 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Tanjung Manis di talian 011-35728765 yang beroperasi 24 jam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.054403 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list