CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14463|Reply: 0

Haaland, De Bruyne kembali perkuat Man City

[Copy link]
Post time 12-2-2024 04:15 PM | Show all posts |Read mode

Gandingan berbisa Manchester City, Kevin De Brunye (kiri) dan Erling Haaland (tengah) kembali mencapai prestasi terbaik mereka. - Foto AGENSI

MANCHESTER: Saingan Liga Juara-Juara Eropah kembali tepat pada masanya buat Manchester City yang diperkuat semula Erling Haaland dan Kevin De Bruyne.

Skuad kendalian Pep Guardiola akan bertandang ke laman FC Copenhagen untuk perlawanan pertama pusingan 16 terakhir esok selepas merakam 10 kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Deretan kemenangan itu bermula ketika Haaland dan De Bruyne masih dalam proses pulih daripada kecederaan dan diteruskan sebaik kedua-dua tonggak berkenaan kembali cergas.

Haaland meledak gol pertamanya sejak November ketika City menewaskan Everton 2-0 di Etihad pada Sabtu.



De Bruyne bermula di bangku simpanan selepas pulih daripada rehat lima bulan akibat kecederaan hamstring, tetapi pemain 32 tahun tampak seperti bersedia untuk memulakan permainan.

De Bruyne membantu jaringan Haaland pada aksi menentang Everton dan dilihat akan terus merencanakan serangan City di pentas Eropah.

"Saya cuba melakukan perkara sama dengan setiap orang, tetapi dengannya saya perlu lebih sempurna. Saya tahu bola pasti sampai.

"Saya tidak perlu melihat lama apabila bola berada di kakinya kerana fokus saya ialah berlari ke arah gol.

"Itu bezanya, bukan pemain lain tidak bagus, tetapi hanya perbezaan kecil yang meyakinkan anda bola akan sampai," kata Haaland berkenaan De Bruyne. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... li-perkuat-man-city
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.133442 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list