CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10642|Reply: 0

[Terengganu] Biak sendiri kelah merah kerana tak sanggup redah sungai, bermalam di hutan

[Copy link]
Post time 12-2-2024 04:05 PM | Show all posts |Read mode

MARZUKI, menunjukkan ikan kelah merah yang dijadikan baka. FOTO Nazdy Harun

Kuala Berang: Kesukaran meredah sungai dan bermalam di hutan hingga seminggu mendorong seorang pengusaha kelah merah menjalankan aktiviti biak baka ikan itu sendiri.

Mohd Marzuki Abd Ghani, 45, dari Kampung Pasir Dula di sini, berkata, dia mula menjual ikan kelah merah sejak 14 tahun lalu dan bekalan ikan diperoleh di sungai-sungai di dalam negeri itu.

Menurutnya, sebelum ini dia terpaksa mengumpul ikan yang ditangkap untuk dijual dan rutin itu amat menyukarkan kerana dia perlu bermalam di dalam hutan.

Katanya, biasanya dia menghabiskan masa seminggu di hutan untuk menangkap ikan kelah merah untuk dijual dan rutin itu terpaksa dilakukan bagi menjamin bekalan ikan sentiasa ada.



"Bukan kerja mudah meredah hutan belantara dan mencari lubuk kelah kerana kebiasaannya pada 9 malam dalam kegelapan saya akan menyelam di sungai untuk menangkap 'raja sungai' itu.

"Menyelam pada malam hari biasanya akan membawa ke subuh dan ikan yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam plastik beroksigen untuk dibawa pulang," katanya.

Menurutnya, pulang dengan tangan kosong merupakan 'mainan biasa' namun demi mencari rezeki dia terpaksa meneruskan rutin mencabar itu.

Katanya, ikan yang diperoleh kini digunakan sebagai baka untuk dibiak dan dengan kaedah itu selepas ini dia tidak perlu lagi meredah hutan untuk mencari sungai yang mempunyai lubuk kelah.

Marzuki berkata, dia kini mempunyai 40 ekor induk ikan kelah merah dan ikan yang dijual pula bermula dengan harga RM30 hingga RM6,000 seekor bergantung kepada saiz.

"Ikan kelah kini dijadikan sebagai ikan hiasan dan permintaannya datang dari seluruh negara dan boleh dikatakan tinggi.

"Saya kini dalam proses melakukan kerja-kerja biak baka dan selepas ini rutin ke sungai sudah boleh ditinggalkan kerana stok ikan untuk dijual saya biak di rumah," katanya.

Menurutnya, dia ke sungai bersama seorang lagi rakan dan akan meredah laluan sukar untuk mencari sungai yang mempunyai ikan kelah.

Katanya, rutin itu dilakukan sejak 14 tahun lalu dan ia dianggap mencabar dan bahaya kerana jarak yang ditempuh untuk memasuki kawasan hutan agak jauh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-bermalam-di-hutan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037045 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list