CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10146|Reply: 0

[Pahang] Siti Sufiah dah lali 'kerja lelaki'

[Copy link]
Post time 12-2-2024 12:58 PM | Show all posts |Read mode

SITI Sufiah yang mula mendapat lesen lori pada usia 21 tahun mempunyai banyak pengalaman memandu jentera lori dan treler ke seluruh negara. FOTO Ihsan Siti Sufiah Zainudin

Rompin: "Tak ada kerja lain untuk dibuat ke? Kenapa nak ambil kerja lelaki?"

Itu pertanyaan berbaur sindiran pernah diterima Siti Sufiah Zainudin, 36, selepas berkongsi rutin dan kisahnya sebagai pemandu lori dan treler di TikTok.

Meskipun begitu, Siti Sufiah tidak berkecil hati sebaliknya menjadikan kata-kata sindiran sebagai pembakar semangat untuk menjadikannya lebih kuat dalam mencari rezeki.

Menceritakan latar belakangnya, Siti Sufiah yang menetap di Muadzam Shah, di sini berkata, dia sudah berkahwin dan mempunyai anak perempuan berusia 12 tahun.



Katanya, minat mendorongnya menjadi pemandu lori sebelum beralih kepada treler akhir tahun lalu.

"Minat itu ada sejak sekolah lagi jadi saya beranikan diri ke kelas memandu hingga dapat lesen lori pada usia 21 tahun.

"Ditakdirkan saya berkahwin dengan pemandu treler, jadi ketika awal perkahwinan dulu saya selalu teman suami memandu.

"Sampai satu hari, saya dapat tawaran bekerja sebagai pemandu lori. Saya terima selepas dapat restu suami, malah kini bekerja di bawah syarikat sama dengannya dan sudah hampir 14 tahun kerja sebagai pemandu," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



SITI Sufiah mendapat restu suaminya, Abdul Aziz yang juga pemandu treler. FOTO Ihsan Siti Sufiah Zainudin

Bercerita lanjut, Siti Sufiah mengakui mengambil masa membiasakan diri memandu lori dan treler di atas jalan juga lebuh raya.

Namun pengalaman memandu ke pelbagai destinasi memberinya keyakinan melakukan kerja sinonim dengan kaum Adam itu.

"Awalnya saya pandu treler kemudian ubah angin bawa lori kotak 10 tan yang muatannya makanan sejuk beku sebelum beralih semula kepada treler sampai sekarang.

"Masa mula jadi pemandu dulu ada yang kata saya perempuan, lemah dan tak boleh buat kerja itu.

"Makan masa juga nak mahir (memandu) tapi tak lama kerana saya cabar diri dan kini sudah pergi ke semua negeri serta banyak kawasan di Semenanjung termasuk Langkawi, Kedah juga Padang Besar, Perlis.

"Saya ada juga dapat trip hantar barang ke Singapura dan itu yang seronok sebagai pemandu kerana tak berada di satu tempat saja," katanya.



SITI Sufiah tidak kisah bekerja sebagai pemandu treler walaupun kerjayanya didominasi kaum Adam. FOTO Ihsan Siti Sufiah Zainudin

Siti Sufiah berkata, banyak pengalaman dilaluinya dan antara yang tidak dapat dilupakan adalah menyaksikan kemalangan ngeri di depan mata dan membantu mangsa.

"Saya sendiri hampir beberapa kali terbabit dalam kemalangan kerana penat waktu memandu.

"Tapi syukur masih dilindungi dan belum pernah terbabit dalam insiden itu, minta dijauhkan," katanya.

Selain suami, Siti Sufiah berkata, keluarga dan rakan yang banyak memberi galakan untuknya mencari rezeki sebagai pemandu.



SITI Sufiah mencari rezeki sebagai pemandu treler sejak 14 tahun lalu. FOTO Ihsan Siti Sufiah Zainudin

"Saya pernah bawa arwah emak dan ayah sampai ayah menangis kerana tak sangka anak perempuannya boleh pandu lori dan treler.

"Saya pernah juga bawa anak bersama, dia faham kerja saya malah pernah beritahu cikgu nak jadi pemandu treler macam saya," katanya.

Menurutnya, dia pernah ada keinginan beralih bidang namun batalkan niat kerana masih mahu menimba lebih banyak pengalaman sebagai pemandu.

"Ikutkan, cita-cita saya nak jadi cikgu tapi ditakdirkan ini jalannya (jadi pemandu treler) maka teruskan saja," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-lali-kerja-lelaki

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.043953 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list