CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9093|Reply: 0

Kim Pan-gon miliki pakej lengkap

[Copy link]
Post time 12-2-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode

PAN-GON bukan sahaja dianggap memiliki kepakaran taktikal, namun beliau juga cukup teliti dalam menghasilkan perancangan yang baik.

PENGENDALI skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon memiliki pakej yang lebih lengkap selain ‘saham’ lebih tinggi berbanding dengan jurulatih pesaing andai Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) berminat untuk dapatkan khidmatnya.

Negara bola sepak gergasi Asia itu dilihat mengalami krisis di bahagian kejurulatihan skuad utama selain kemelut dalaman KFA sehingga menyaksikan peminat mahu rombakan besar-besaran dilakukan.

Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Dr. Pekan Ramli tidak menafikan Korea Selatan memang memiliki ramai jurulatih berprestasi tinggi yang memiliki pengalaman di Asia Tenggara seperti Park Hang-seo dan Shin Tae-yong.

Namun, menurut Pekan, apa yang membezakan Pan-gon dengan Hang-seo dan Tae-yong adalah dia bukan sahaja pakar taktikal, tetapi cukup memiliki kehebatan dalam bidang pengurusan badan induk bola sepak.

“Kita boleh lihat saham Pan-gon sememangnya lebih tinggi dan cukup dihormati di negaranya. Menurut kenalan saya di KFA, kehebatan Pan-gon adalah dia teliti dalam melakukan paperwork (kertas kerja) dengan baik.

“Berbanding jurulatih pesaing seperti Tae-yong dan Hang-seo, kedua-dua ini memang bagus, tetapi mereka sekadar hebat merancang taktikal terutama dalam membentuk pemain kebangsaan.

“Namun, Pan-gon memiliki kepakaran untuk kedua-dua aspek tersebut dan sememangnya nilainya begitu tinggi ketika ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Berdasarkan tinjauan di laman sosial, peminat Korea Selatan bukan sahaja mahu ketua jurulatih, Jurgen Klinsmann dipecat, malah mereka mahu Presiden KFA, Chung Mong-gyu juga mengundurkan diri susulan kegagalan di pentas Piala Asia 2023 kali ini.

Sebelum ini, Pan-gon telah menyandang tugas selaku Timbalan Presiden KFA selain ditugaskan sebagai Ketua Jawatankuasa Pengurusan Skuad Kebangsaan Taeguk Warriors.

Pan-gon telah meletak jawatan pada dua tahun lalu dan dilantik menjadi ketua jurulatih Harimau Malaya pada Februari 2022 dan masih memiliki kontrak sehingga 2025.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... ilik-pakej-lengkap/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.080145 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list