CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19529|Reply: 0

[Negeri Sembilan] 'Islam tidak halang saya sambut Tahun Baharu Cina dengan ibu'

[Copy link]
Post time 11-2-2024 11:48 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Shafiq Lee Abdullah, 49, (tengah) tetap meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga di Kampung Rawa, Lenggeng. - Foto NSTP/Azrul Edham

NILAI: Walaupun lebih 20 tahun memeluk Islam, tindakan itu tidak menghalang seorang mualaf untuk terus menyambut Tahun Baharu Cina bersama keluarga terutama ibunya.

Bagi Muhammad Shafiq Lee Abdullah, 49, dengan cara itu, dia dapat menzahirkan kemuliaan Islam kepada keluarga yang menekankan ajaran mengutamakan dan menghormati ibu bapa.

Dia yang mendapat hidayah pada 2003 dan mendirikan rumah tangga dengan wanita Melayu pada 2017, berkata, masih terdapat salah faham apabila seseorang berbangsa Tionghua sepertinya akan 'menjadi' Melayu apabila memeluk Islam.

"Setiap tahun saya pulang ke kampung di Kuching, Sarawak untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama keluarga. Kami melakukan upacara selagi tidak bertentangan dengan hukum syarak.



"Apa yang penting, saya dapat tunjukkan kepada ibu saya (Bong Kit Moi, 75) bahawa Islam tidak memutuskan hubungan kekeluargaan kami. Ia menjadi contoh baik kepada ahli keluarga dan rakan lain," katanya ketika ditemui.

Dia yang juga Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) Negeri Sembilan berkata, selain mendekatkan diri dengan keluarga, dia juga dapat mengambil kesempatan untuk menerangkan agama Islam dengan lebih dekat dan berdakwah.

"Jika balik ke Sarawak untuk menyambut perayaan ini, isteri (Rosazlinda Omar, 47) saya akan memasak di dapurnya sendiri kerana di rumah ibu terdapat dua dapur yang salah satunya dikhaskan untuk masakan halal.

"Sekiranya pada malam makan besar, kami akan bungkus makanan di luar dan bawa balik. Namun, pada tahun ini agak istimewa apabila ibu saya terbang dari Kuching untuk meraikan Tahun Baharu Cina di sini.

"Kami sambut di rumah keluarga isteri di Lenggeng. Tahun ini saya mengadakan jamuan untuk keluarga terdekat sebelah isteri bersama ibu dan keluarga dari Kuching," katanya.

Shafiq yang mengusahakan restoran nasi ayam berkata, sejak memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita Melayu, dia kini mula belajar untuk bersalam dengan mencium tangan dan memeluk ibunya kerana perkara itu agak janggal sebelum ini.

"Pada mulanya ibu saya agak susah untuk terima amalan itu seolah dia merasakan akan ada sesuatu yang bakal berlaku jika saya peluknya, namun lama-kelamaan ia merapatkan kami," katanya.

Sementara itu, Rosazlinda berkata, dia cuba untuk menerima serta belajar budaya keluarga suaminya itu malah ibu mentuanya sangat membantu.

"Kali pertama pulang ke Kuching selepas berkahwin, saya dapati ada dua dapur di rumah ibu mentua. Satu daripadanya dikhaskan untuk saya yang lengkap dengan semua peralatan memasak seperti pisau dan kuali.

"Setiap kali pulang terutama pada musim perayaan, saya akan memasak makanan Melayu seperti rendang, masak lemak dan asam pedas. Ibu mentua memang suka, malah dia memanggil rakannya untuk menjamu selera bersama," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... aru-cina-dengan-ibu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.312759 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list