CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14319|Reply: 0

Afrika Selatan tempat ketiga AFCON

[Copy link]
Post time 11-2-2024 11:24 AM | Show all posts |Read mode

JURULATIH Afrika Selatan, Hugo Broos diraikan barisan pemain selepas tamat perlawanan. -FOTO AFP

Abidjan: Kapten dan penjaga gol, Ronwen Williams kembali menjadi wira apabila Afrika Selatan menewaskan Republik Demokratik Congo 6-5 menerusi penentuan penalti dalam penentuan tempat ketiga Piala Negara-Negara Afrika awal pagi tadi.

Kedudukan terikat 0-0 selepas 90 minit permainan di Abidjan, Williams menyelamatkan sepakan penalti daripada Chancel Mbemba dan Meschack Elia untuk memberikan Bafana Bafana pingat gangsa di Ivory Coast.

Sebelum sepakan Elia diselamatkan, sepakan Siyanda Xulu memberikan Afrika Selatan pendahuluan dalam aksi penentuan sepakan penalti itu.

Williams menyelamatkan empat sepakan penalti pada hujung minggu lalu untuk membantu Afrika Selatan mengatasi Cape Verde dalam aksi suku akhir yang juga tamat tanpa jaringan.



DR Congo pastinya kecewa selepas mereka terlepas banyak peluang pada waktu sebenar perlawanan manakala Afrika Selatan mengekalkan rekod sempurna dalam play-off tempat ketiga selepas menewaskan Tunisia menerusi penentuan penalti 24 tahun lalu.

Afrika Selatan melakukan tiga pertukaran pemain ketika mereka tewas menerusi penentuan sepakan penalti kepada Nigeria di separuh akhir yang penuh insiden tiga hari lalu.

Nkosinathi Sibisi, Thapelo Morena dan Mihlali Mayambela di masukkan selepas Grant Kekana digantung perlawanan dan duo Mothobi Mvala dan Percy Tau yang cedera.

DR Congo mengekalkan hanya dua pemain ketika tewas kepada tuan rumah Ivory Coast dalam satu lagi separuh akhir – kapten dan pertahanan tengah, Mbemba dan pemain tengah, Samuel Moutoussamy.

Kejohanan menarik itu berakhir awal pagi esok di satu lagi stadium di Abidjan dengan tuan rumah Ivory Coast berdepan Nigeria bagi merebut hadiah juara AS$7 juta (RM33.3 juta).

Kedua-dua negara itu bertembung di peringkat kumpulan bulan lalu di gelanggang sama dengan Super Eagles menang 1-0 menerusi gol penalti William Troost-Ekong.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tempat-ketiga-afcon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045794 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list